Cara Berniaga Di Shopee Tanpa Produk

 Cara Berniaga Di Shopee Tanpa Produk

Bos, saya minat nak berniaga di Shopee tapi saya takda barang nak jual, boleh ke berniaga di Shopee tanpa produk?

Nampak pelik, tapi sebenarnya memang boleh, anda tak perlu produk pun untuk berniaga di Shopee. 

Caranya ialah menjual barang dropship. 

Apa itu dropship?

Anda tiada produk, tapi anda tolong jual produk Syarikat A, bila ada pelanggan yang beli melalui anda, anda beli barang daripada syarikat A dan minta dia pos terus ke pelanggan anda. Harga dah mark up la, misalnya harga dropship barang ialah RM10, anda jual dengan harga RM20, jadi untung yang anda terima adalah RM10.

Macamana nak masukkan barang dropship dalam Shopee?

Minta gambar dan detail produk daripada Syarikat A, masukkan semua detail yang diperlukan ke dalam kedai Shopee anda. Cuma bab shipping tu kena jaga-jaga. Anda tak perlu lah onkan service standard Shopee tu, gunakan option others. 

cara berniaga di shopee tanpa produk


Kenapa tak boleh guna Shopee Shipping Standard?

Shopee Shipping Standard adalah kurier yang dilantik oleh Shopee untuk mengepos barang-barang yang dibeli, jadi sekiranya ada pembelian di Shopee, barang tersebut secara automatik akan ditentukan untuk dipos menggunakan kurier apa. Untuk anda yang menjual barang dropship, ini tidak sesuai kerana anda perlu print AWB menggunakan printer daripada Shope untuk dipos. Namun, anda masih gunakan shipping ini, sekiranya Syarikat A bersetuju menggunakan AWB anda untuk pos barang tersebut. Mungkin boleh Whatsapp atau Email dalam bentuk PDF.

Sekiranya Syarikat A tak nak guna AWB, atau dia nak pos guna kurier sendiri, anda boleh gunakan Shipping others. Yang ni kena mohon dulu.

Setelah dapat order, anda boleh hantar detail pembeli kepada Syarikat A. Mereka akan uruskan selebihnya. Anda hanya perlu masukkan nombor tracking yang diberikan oleh Syarikat A setelah mereka pos barang tersebut di Shopee.

Ok, senang? Sebenarnya ada cara yang lebih senang, ada sebuah syarikat yang menawarkan servis fully auto. Proses auto boleh dibuat untuk masukkan barang, terima order dan pos barang. Anda tak perlu buat apa-apa, cuma masukkan kredit ke dalam akaun anda di syarikat terbabit. 

Nak tau lebih lanjut boleh ke link ini https://ebookshopee.com

Ok selamat mencuba.

LihatTutupKomentar