Cara Berniaga Di Shopee Tanpa Modal - Boleh ke?

 Cara Berniaga Di Shopee Tanpa Modal - Boleh ke?

Orang kata nak berniaga ni kena modal, kalau takda modal tak boleh berniaga. Tapi sebenarnya kita boleh mulakan perniagaan di Shopee tanpa modal. Boleh ke?

Bagaimana Cara Berniaga Di Shopee Tanpa Modal?

Ada yang kata boleh buat bisnes dropship di Shopee. Tak perlu modal, ada order, kita mintak supplier pos barang kepada customer. 

Tapi ada beberapa perkara yang anda kena faham, bila ada pelanggan beli barang daripada kita, mereka akan bayar kepada Shopee, bukan kepada kita, jadi kita perlu dahulukan duit kita terlebih dahulu untuk membeli barang sebelum supplier boleh pos barang kepada customer kita. Shopee hanya akan clear duit bila barang sampai ke tangan pelanggan.

Lagi satu masalah ialah, berniaga di Shopee ni kita perlu untuk bayar caj platform, kira kita guna tempat dia untuk berniaga, kena la bayar sewa. Jadi kesimpulannya, Cara Berniaga Di Shopee Tanpa Modal menggunakan sistem dropship adalah tidak tepat.

Berbeza dengan berniaga secara dropship di Facebook atau di Wasap, pelanggan akan bayar direct kepada kita, kita akan guna duit itu untuk membayar supplier dan pos barang kepada customer kita.

Nampak perbezaan disitu?

Tapi sebenarnya ada satu Cara Berniaga Di Shopee Tanpa Modal yang jarang ada orang share, iaitu dengan menjual software, template atau ebook. Ia tidak perlukan sebarang modal tetapi anda perlu pastikan anda ada hak untuk menjual software, template ebook tersebut. Jangan jual hak orang lain, selain tak berkat, anda boleh digantung daripada Shopee. 

cara berniaga di shopee tanpa modal


Macamana nak dapatkan sumber software dan ebook? Jika anda ada kepakaran membuat software atau ebook sendiri, ia tiada masalah. Satu lagi cara, anda dapatkan hak untuk mengedar, tapi ini memerlukan modal. Untuk ebook atau template anda boleh karang sendiri ebook atau template yang anda ada kepakaran untuk dijual di Shopee. Sebagai contoh, anda pandai memasak, anda boleh jual resepi. Tak perlu terlalu canggih, guna format word pon ok, atau anda pakar dalam bidang perakaunan, anda boleh jual template untuk membuat akaun syarikat contohnya.

Apa yang membezakan dengan menjual barang fizikal ialah anda tidak perlu pos barang, tiada tracking diperlukan. Setelah customer membuat pembayaran, anda boleh hubungi mereka meminta alamat email untuk penghantaran. Setelah customer sahkan fail diterima, Shopee akan clear duit pembelian kepada anda. 

Jika anda perlukan panduan untuk membuat duit di Shopee boleh lawat link ini ----> Bisnes Shopee

Ebook ini turut berkongsi cara anda boleh buat duit secara automatik dengan menjual barang dropship di Shopee.

Copyright - Kaya2u - Cara Berniaga Di Shopee Tanpa Modal





LihatTutupKomentar