Mycybersale - Peluang untuk penggiat Bisnes Online mempromosi Produk
Penggiat bisnes online perlu untuk merebut peluang keemasan ini, Mycybersale telah berlangsung selama 4 tahun berturut-turut dan pada tahun ini akan diadakan pada 9 hingga 13 Oktober 2017.
Sedikit info mengenai Mycybersale untuk yang tak berapa kenal, ia adalah satu inisiatif yang dianjurkan oleh MDEC di bawah Inisiatif Digital Malaysia sebagai pemangkin untuk membangunkan industri e-dagang serta untuk meningkatkan budaya membeli-belah dalam talian di Malaysia.
MDEC berhasrat untuk membawa industri online Malaysia ke dalam piawaian antarabangsa dengan menyatukan semua penggiat-penggiat online di bawah di bawah satu bumbung maya: e-pasar seperti peruncit dan pedagang dalam talian, pembekal gerbang pembayaran, logistik dan pemenuhan , pemain industri, institusi kewangan serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan infrastruktur.
Dengan keadaan ekonomi yang sedang berkembang ini, industri online Malaysia dijangka meningkat kepada RM72.3 bilion menjelang 2015. Ini sejajar dengan aspirasi ekonomi digital MDEC di bawah Digital Malaysia.
Objektif Mycybersale adalah seperti berikut:
Untuk menjana permintaan belanja dalam talian dari pengguna
Untuk menggalakkan PKS untuk mengguna pakai eCommerce dalam perniagaan mereka
Untuk meningkatkan pendapatan domestik eCommerce
Dari tahun 2014 hingga 2016, MDEC telah bekerjasama dengan beberapa pemain dalam industri eCommerce untuk menyokong dan memacu pertumbuhan ekonomi digital. Sehingga 2016, MDEC telah berjaya mencapai GMV sebanyak RM 211 Juta (peningkatan 80% daripada GMV 2015).
Dari itu, mereka yang masih belum mendaftar masih ada lagi peluang berbuat demikian, cepat-cepat register di website MDEC (https://mycybersale.mdec.com.my/) untuk sama-sama join Mycybersale kali ini.
Copyright 2017 Buat Duit Online