BISNES ONLINE

Buat Duit Dengan Gambar

Buat Duit Dengan Gambar - Mungkin anda tak perasan, gambar-gambar yang anda ambil tu boleh digunakan untuk membuat duit. Terdapat banyak website yang menawarkan platform untuk membeli dan menjual gambar. Apabila anda mempunyai gambar yang menarik, seperti gambar pemandangan, gambar haiwan, gambar2 tempat-tempat menarik atau benda-benda menarik, anda boleh upload ke website tersebut dan apabila ada pelanggan yang berminat untuk membelinya, mereka akan membayar kepada syarikat penyedia tersebut. Anda akan mendapat keuntungan setelah ditolak dengan fees yang dikenakan oleh provider. Berminat nak cuba?


buat-duit-dengan-gambar


Kebanyakan pelanggan yang membeli gambar anda untuk digunakan bagi tujuan komersial seperti membuat banner, brosur iklan, pamplete dan lain-lain, Gambar yang nak jual perlu juga mematuhi standard yang ditetapkan oleh syarikat penyedia tersebut. Kebanyakannya menetapkan minima 600 dpi (dot per inch).

Kalau anda kerap mengambil gambar, ilustrasi dan tak tahu nak buat apa dengan gambar dan ulistrasi tersebut, anda boleh cuba untuk menjana pendapatan dengannya. Antara syarikat yang menyediakan khidmat jual beli gambar ini ialah Shutterstock. Setakat ni sebanyak 500 juta USD bayaran telah dilakukan oleh Shuttercock sejak tahun 2003. Lain2 website yang anda boleh cuba ialah Alamy, iStock Photo, Photo Shelter, Adobe Stock, SmugMug, CanStockPhoto dan banyak lagi.

Selamat mencuba.

copyright kaya2u.com


Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online



kaya2u - BISNES ONLINE copyright 2005-2019 bisnes online