BISNES ONLINE

McDonalds are giving away thousands of Big Macs for free to celebrate 50 Years of Big Mac adalah Scam





Ramai yang terima whatsapp dari McD untuk dapat burger free?




Mesej ini telah disahkan scam/palsu oleh McDonalds Malaysia.


Selalu sangat terima mesej macam ni, dulu dari Shell, KFC, Pizza Hut. Nampak macam real tapi sebenarnya penipu yang tujuan dia nak kutip data peribadi kita.


Macamana nak sahkan betol ke palsu?


1. Semak url yang diberi, bandingkan dengan website McDonalds sekali imbas nampak macam betul, tapi dua kali imbas anda akan perasan sebenarnya url website tu bukan dot com, tapi dot cash...


2. Semak fakta, betol ke Big Macs sambut ulang tahun ke 50? Hasil semakan Google, Big Mac dilahirkan pada 1967, bermaksud tahun ni dah sambut ulang tahun ke 52, bukan 50 pada 2019. 


3. Semak di website rasmi, dalam contoh ini website McDonalds, sekiranya ada apa2 contest dah tentu mereka akan update di website mereka. 

Memang kalau mesej2 dari scammer ni, mereka akan mendesak supaya kita cepat2 respon tanpa pikir panjang, lagi2 dia cakap coupon terhad kepada 1000 jer.. Tapi ada baiknya kita buat kajian sikit suapaya data peribadi kita tidak terdedah kepada pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab.








Mc Donalds Malaysia telah mengesahkan mesej ini adalah scam sejak dua tahun lepas lagi. Jadi berhati-hatilah dan tak perlu sebar lagi.


Sila share artikel ini.


Copyright : http://kaya2u.com


Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online



kaya2u - BISNES ONLINE copyright 2005-2019 bisnes online