BISNES ONLINE

10 Idea Bisnes Yang Dijangka Meletop Pada Tahun 2019

10 Idea Bisnes Yang Dijangka Meletop Pada Tahun 2019

Tahun 2019 dan masuk bulan kedua, ada yang nak buat bisnes pada tahun ini, ada yang masih tercari-cari idea untuk buat bisnes pada tahun 2019 dan ada juga yang takut-takut nak berniaga, takut rugi. Nak berniaga kena la bersedia hadapi risiko. Rugi tu perkara biasa, kalau tak sanggup tanggung rugi, jangan berniaga. 

Kami senaraikan 10 idea bisnes yang sedang meletop dan dijangka akan terus berkembang pada tahun 2019.

1. Barbershop

Sejak 5 tahun lepas, industri Barbershop/Kedai gunting rambut lelaki tumbuh bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Kita lihat trend ini telah memberikan saingan hebat kepada kedai-kedai gunting yang sebelum ini dikuasai oleh Mamak. Masih belum terlambat untuk anda memulakan bisnes barbershop ini pada tahun 2019 kerana semua orang memerlukan khidmat gunting rambut ini. Pastikan lokai kedai anda terletak pada kawasan tumpuan orang ramai dan anda mempunyai barber yang terlatih.



2. Dobi self service

Perkhidmatan dobi self service telah semakin meluas di Malaysia dengan pelbagai jenama dobi. Kebanyakannya menggunakan sistem franchise. Kita boleh lihat perkhidmatan dobi tradisional telah tenggelam dengan kemunculan dobi self service ini yang lebih mudah dan cepat. Lokasi yang tepat adalah sangat penting sebelum anda ingin membuka perkhidmatan sobi self service ini.

3. Kedai peralatan travel/perkhemahan

Semakin ramai yang mempunyai kemampuan untuk travel dan menjalankan aktiviti-aktiviti luar, namun kedai yang menjual barang-barang keperluan untuk travel dan aktiviti-aktiviti luar ini adalah sangat terhad. Antara barang-barang yang dijual oleh kedai ini seperti pisau rambo, kompas, peralatan perkhemahan dan beg pinggang.

4. Kedai gadget

Banyak jenis gadget-gadget telah muncul sekarang dan permintaan terhadap gadget-gadget ini sangat tinggi terutama di kalangan orang-orang muda. Pastikan kawasan anda membuka kedai gadget ini mempunyai ramai pembeli dari golongan muda. Barang-barang jualan biasanya diperolehi daripada negara China disebabkan kos yang agak rendah.



5. Kedai DIY

Kedai-kedai DIY juga banyak yang munccul sekarang ini, kalau dulu barang-barang DIY ini hanya boleh diperolehi di kedai hardware dan hanya dikunjungi oleh tukang rumah atau wireman, tapi sekarang dengan muncul kedai-kedai DIY ini, barang-barang ini semakin mudah diperolehi dan boleh dibeli oleh semua pengguna.

6. Pusat tuisyen

Ibu bapa sekarang ni sangat perihatin dengan pendidikan anak-anak mereka, justeru itu banyak pusat tuisyen telah muncul dan kebanyakan guru tuisyen tersebut adalah juga guru sekolah, jadi mereka mempunyai pengetahuan tentang apa yang diajar. Sekiranya anda berminat untuk memmulakan bisnes tuisyen ini, anda boleh berhubung dengan cikgu-cikgu sekolah dan ramai daripada mereka yang mahukan pendapatan sampingan,

7. Car wash

Bilangan kereta semakin bertambah di Malaysia ini dan turut menyumbang kepada pertambahan kedai Car Wash terutama di kawasan aparrtment dimana pemilik kereta sukar untuk membasuh kereta mereka sendiri berbanding rumah teres. Untuk mereka yang tinggal dirumah teres juga, masa yang suntuk menyebabkan mereka lebih minat untuk mencuci kereta mereka di Car Wash Centre. Untuk membuka bisnes car wash ini, modal yang perlu dikeluarkan hanyalah sekali dan anda perlu pastikan anda mempunyai pekerja yang mencukupi.



8. Membaiki handphone

Hampir semua rakyat Malaysia mempunyai handphone, dan ada ketikanya handphone terebut tidak berfungsi lagi disebabkan usia ataupon kerosakan dalaman. Terdapat banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan merepair handphone di depan tuan punya handphone. Jadi pemilik hanphone tak perlu meninggalkan handphone di kedai dan tidak perlu risau jika ada part original yang ditukar kepada tiruan, seperti yang kita kerap dengar sebelum ini. Kemahiran diperlukan untuk membuka bisnes seperti ini, tetapi ia bukanlah terlalu sukar untuk dipelajari, ada yang menjadi mahir dengan hanya belajar daripada youtube. Untuk bisnes ini, anda tidak semestinya mempunyai premis kerana anda boleh buat kerja merepair di hadapan pelanggan di mana-mana sahaja.

9. Penghantaran barang

Dengan peningkatan bisnes online di Malaysia, syarikat-syarikat penghantaran turut mula berkembang, dan kita boleh lihat banyak jenama-jenama baru mula muncul di dalam pasaran Malaysia. Jika dulu Poslaju memonopoli pasaran ini, sekarang tidak lagi, dengan tawaran harga yang menarik dan service yang lebih cekap. Ada syarikat penghantaran yang menawarkan perkhidmatan franchise, ia lebih mudah kerana anda tidak perlu untuk proses membina jenama lagi.


10. Sewa kereta

Sistem pengangkutan awam yang tidak cekap di Malaysia ini memaksa sebahagian besar daripada rakyat menggunakan kereta untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Dalam pada itu, permintaan untuk kereta sangat tinggi kerana ia telah menjadi keperluan untuk bergerak. Justeru banyak syarikat sewa kereta muncul bagi menawarkan perkhidmatan tersebut. Sekiranya anda berminat dengan bentuk bisnes ini, anda boleh mendapatkan lesen menjalankan perniagaan sewa kereta ataupun untuk lebih mudah, sekarang ni banyak program joint venture dengan syarikat yang telah mempunyai lesen, anda boleh berhubung dengan mereka untuk detail lanjut.

Ok cukup dulu 10 Idea Bisnes Yang Dijangka Meletop Pada Tahun 2019, ada masa nanti kita bincang mengenai idea-idea berniaga lain pula.

Selamat maju jaya


Copuright 2019 : www.kaya2u.com

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online



kaya2u - BISNES ONLINE copyright 2005-2019 bisnes online