BISNES ONLINE

Bisnes Online - Cara Jual Barang Dropship di Shopee

Bisnes Online - Cara Jual Barang Dropship di Shopee

Shopee semakin popular sekarang ini dengan peningkatan mendadak pengguna dan penjual. Ia mungkin dibantu oleh pemasaran Shopee yang beterusan dan berkesan. Menjual di Shopee juga sangat mudah malah anda boleh menjual tanpa modal dan tanpa menyimpan stok dengan program dropship.

Banyak syarikat yang menawarkan khidmat dropship ni, ada yang hanya memerlukan kita berurusan di website mereka dan in sangat memudahkan. Biasanya syarikat tersebut akan memberikan password untuk penjual dropship melihat harga yang ditawarkan untuk penjual. Anda boleh menjual semula kepada pelanggan dengan mendapat untung dari perbezaan harga yang ditawarkan.

cara-jual-barang-dropship-di-shopee

Walaubagaimanapun, sistem dropship ini berbeza sedikit di Shopee, bagi penjual dropship yang menjual di media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain. Kebiasaannya penjual akan menggunakan duit pelanggan untuk membeli stok dan simpan perbezaan harga sebagai untung. Di Shopee pula, penjual kena keluarkan sedikit modal kerana Shopee akan hold dulu bayaran yang dibayar oleh pelanggan, dan akan melepaskan/release apabila barang telah selamat sampai di tangan pelanggan. Ini adalah ciri-ciri keselamatan yang ada pada Shopee bagi mengelakkan penipuan, malah semua website e-dagang juga mengamalkan kaedah ini.

Jadi sebagai seller dropship di Shopee, anda kena ada sikit modal pusingan, tak perlu banyak kerana biasanya  proses pengesahan terima tak mengambil masa terlalu lama. Bergantung kepada kadar kepantasan anda mengepos barang, biasanya Poslaju mengambil masa 1-2 hari bekerja untuk sampai kepada pelanggan.

Caranya simple jer. Apabila ada pelanggan yang order barang daripada anda di Shopee, anda terus order daripada syarikat dropship anda. Sebelum tu anda boleh senaraikan semua barangan yang ditawarkan oleh syarikat dropship anda di dalam akaun Shopee anda tu. Anda boleh mendaftar dengan banyak syarikat dropship, tetapi kena ingat, pada product setting anda perlu set kepada preorder. Kerana untuk barang ready stock, anda perlu pos barang dalam tempoh 3 hari bekerja, sekiranya tidak, pelanggan boleh mmembatalkan order anda. Ini agak bahaya, baik2 nak untung anda jadi rugi pulak. Akhirnya pelanggan akan dapat barang secara percuma apabila duit mereka dapat kembali, sedangkan barang yang hantar melalui dropship telah dipos.

Satu lagi, sebagai penjual dropship di Shopee, anda tidak boleh menggunakan Air Way Bill dari Shopee kerana nombor tracking yang akan anda gunakan adalah berpandu kepada nombor tracking yang di genarate terus daripada sistem Shopee.

Ok, kalau nak tahu lebih lanjut berkaitan cara jual barang dropship di Shopee, anda boleh rujuk www.ebookshopee.com. Ebook ini ada menyenaraikan senarai dropship yang boleh dipercayai. Ada juga dikongsikan mengenai satu syarikat yang boleh synchronize terus produk direct ke akaun Shopee anda. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 100 ribu produk yang sedia untuk didropshipkan. Testimoni 4 angka seminggu, 5 angka sebulan daripada pembeli ebook.


Copyright 2019 : Cara jual barang dropship di Shopee

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online



kaya2u - BISNES ONLINE copyright 2005-2019 bisnes online