BUAT DUIT ONLINE

12 Cara Buat Duit Online Yang Terbukti Mendatangkan Hasil Lumayan

12 Cara Buat Duit Online Yang Terbukti Mendatangkan Hasil Lumayan



Bila kita membuat search di Google "buat duit online", begitu banyak pos-pos yang berkaitan keluar. Tapi betul ke semua tu terbukti? Kebanyakan pos-pos tu tidak lah tulen, banyak diantaranya yang mempromosi skim-skim cepat kaya, bisnes MLM kena cari kaki dan ramai juga yang hanya bersembang tanpa bukti yang program tersebut menghasilkan duit. Mereka mungkin tak pernah pun buat program buat duit yang dicerita tu, hanya berdasarkan teori atau pun hanya alih bahasa daripada ebook mat saleh. Malah sekiranya anda tidak berhati-hati, anda mungkin terpaksa menanggung kerugian akibat ditipu oleh scammer-scammer tersebut.

Apa agaknya program buat duit online yang terbukti mendatangkan hasil? Senarainya cukup panjang. Disini kami senaraikan dulu 12 cara buat duit online yang kami telah dan pernah buat dan ia benar-benar mendatangkan hasil yang lumayan.

1. Buat Duit Online Dengan Google Adsense

Ini antara program buat duit online yang mudah. Anda hanya perlu ada blog/website. Letakkan iklan Google Adsense di blog/website anda. Sekiranya pengunjung blog/website anda klik pada iklan yang anda letakkan, anda akan mendapat bayaran daripada Google. Untuk permulaan, anda boleh gunakan blogspot dimana ianya percuma. Google akan mengirimkan cek kepada anda selepas melepasi  threshold yang ditetapkan, minima USD100.

2. Buat Duit Online Dengan Clickbank

Ini juga satu program buat duit online yang dah lama. Clickbank menawarkan komisyen sekiranya anda berjaya menjual ebook/software yang ada di Clickbank. Sama seperti Adsense, anda perlu mempromosi link atau banner Clickbank di blog/website anda. Pembayaran juga adalah melalui cek yang akan dipos kepada anda.

3. Buat Duit Online Dengan CJ Affiliate

Ini juga satu program affiliate, dimana bayaran akan dibuat untuk iklan yang diklik walaupun tanpa belian, menggunakan konsep Pay Per Click, Pay PerView. Terdapat kiraan untuk setiap iklan berdasarkan beberapa kreteria yang ditetapkan.

4. Buat Duit Online Dengan Amazon

Amazon adalah satu portal online terkemuka USA, kita boleh menjual barangan di Amazon secara terus. Apabila ada pelanggan membeli, kita pos kepada mereka. Amazon juga ada memperkenalkan program affiliate dimana anda boleh mempromosi link dan banner produk-produk di Amazon dan akan mendapat komisyen sekiranya ada yang membeli melalui link anda. Target pasaran untuk Amazon ini ialah pengguna di USA dan UK. 

5. Buat Duit Online Dengan eBay

Selain Amazon, eBay juga merupakan portal online yang popular. Pasaran eBay adalah lebih menyeluruh untuk semua pelanggan seluruh dunia. Di eBay, konsep jualannya ialah berbentuk lelongan dan jualan pada harga tetap.

6. Buat Duit Online Dengan Lazada

Selain daripada portal online luar negara, terdapat juga portal online yang popular di Malaysia seperti Lazada, anda boleh menjual barangan di Lazada melainkan barangan yang dilarang. Lazada kerap melakukan promosi secara agresif dan ini akan memudahkan anda menjual barangan anda di Lazada.

7. Buat Duit Online Dengan Lelong

Lelong juga adalah portal online tempatan, konsep Lelong sama seperti eBay dimana barangann yang dijual boleh dijual dalam bentuk lelongan ataupun harga tetap.

8. Buat Duit Online Dengan Shopee

Shopee adalah portal online yang baru diperkenalkan di Malaysia. Shopee menumpukan pembelian dan penjualan menggunakan mobile apps. Shopee sesuai untuk penjual-penjual kecil-kecilan dan baru kerana penjual tidak dikenakan sebarang caj bayaran untuk menjual di Shopee, malah Shopee turut memberi rebat terhadap kos penghantaran dimana mereka akan menyerap kos penghantaran seterusnya memberi kelebihan kepada peniaga dan pembeli.

9. Buat Duit Online Dengan Fiverr

Fiverr adalah satu program dimana anda boleh menawarkan apa-apa servis/perkhidmatan serendah harga 5 dollar US.  Terdapat ramai freelancer yang menawarkan servis mereka di Fiverr dengan harga yang berpatutan. Sekiranya anda mempunyai sebarang kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda boleh menawarkan perkhidmatan anda di Fiverr ini. Antara perkhidmatan yang popular ialah mengambil upah membuat logo, membuat website, mempromosi sesuatu barang atau menulis artikel.

10. Buat Duit Online Dengan Ebook

Untuk yang mempunyai kemahiran atau peluang yang mahu dikongsikan, anda boleh mengarang ebook. Buku elektronik mempunyai nilai dan permintaan yang tinggi bergantung kepada tajuk dan perkongsian yang diberikan. Sekiranya anda tidak mempunyai bakat mengarang dan tidak tahu apa yang ingin dikongsikan,anda boleh menjual ebook penulis lain, ada yang menawarkan komisyen bagi setiap ebook yang dijual dan ada yang menjual hak terhadap ebook yang ditulis oleh mereka dimana anda boleh menukar nama penulis kepada nama anda.

11. Buat Duit Online Dengan HubPage

Mungkin ada dikalangan anda yang mempunyai bakat mengarang di dalam Bahasa Inggeris, terdapat banyak portal yang menawarkan peluang kepada anda untuk membuat duit dengan karangan anda. Salah satunya ialah HubPage, anda boleh menghantar karangan anda dan pendapatan akan diberikan berdasarkan jumlah pembaca dan mereka yang melawat iklan yang diletakkan di karangan anda.

12. Buat Duit Online Dengan Mudah

Mudah sangat popular di Malaysia. Anda boleh menjual apa sahaja di Mudah, berbanding dengan portal-portal online di atas, Mudah tidak menawarkan kemudahan online shopping cart, dimana pelanggan yang berminat perlu menghubungi anda untuk mengetahui butir-butir pembelian barangan yang anda jual.

Ok, cukup 12 dulu buat masa ni, banyak lg program buat duit online diluar sana yang terbukti mendatangkan hasil yang lumayan. Harus diingat supaya anda tidak terjebak kepada program scam yang menyamar sebagai program buat duit online.

Copyright 2018 Buat Duit Online

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online



kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 buat duit online