BUAT DUIT ONLINE

Buat Duit Online - Rahsia Borong Dari China di TaoBao.com

Buat Duit Online - Rahsia Borong Dari China di TaoBao.com



Tahukah anda lubuk untuk mencari supplier barang-barang dari China. Mungkin kita biasa mendengar Alibaba tapi adakah anda pernah dengar TaoBao?

Kenapa TaoBao? Mungkin ini soalan pertama yang akan muncul di fikiran anda apabila saya menyebutkan tentang halaman web TaoBao.com. Mengapa membeli di TaoBao.com? Mengapa tidak Alibaba.com? ataupun AliExpress.com?

Baiklah, biar saya terangkan kepada anda mengapa saya memilih TaoBao.com sebagai lubuk untuk tempat saya memborong barang dari China.

Untuk pengetahuian anda, TaoBao.com sebenarnya, adalah merupakan website milik syarikat Alibaba. Jadi.. Mengapa pula Alibaba mewujudkan TaoBao.com sedangkan mereka sudah ada Alibaba.com?


taobao-malaysia





Sebenarnya, Taoboa.com diwujudkan untuk segmen pasaran yang berbeza...

Di Alibaba.com, ianya adalah lebih khusus kepada pemborong-pemborong BESAR dimana, produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Tetapi untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.

Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer) dimana, di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal. Ianya sebenarnya sebuah website yang disasarkan kepada pengguna-pengguna di U.S yang mahu membeli barang dari China secara terus.

TaoBao.com pula, adalah di tengah-tengah... ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Jadi ianya "just nice!". Sangat sesuai untuk pemborong-pemborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.

Disebabkan itu, ramai peniaga-peniaga memilih TaoBao untuk mendapatkan stock barangan. Tapi kalau anda terus ke website TaoBao, anda mungkin akan mengalami kesukaran kerana ia menggunakan bahasa China sebagai medium, tambah pula anda tidak biasa dan kemungkinan ditipu agak tinggi.

Terdapat panduan lengkap bagaimana anda boleh berurusan dengan peniaga di TaoBao dengan mudah dan selamat, sama ada secara terus atau melalui agen yang dipercayai.

Untuk mendapat detail lebih lanjut, anda boleh lawat www.rahsiaborong.com

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online



kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 buat duit online