BUAT DUIT ONLINE

Buat Duit Online - Cara Beli Barang Borong di China di Alibaba

Buat Duit Online - Cara Mudah Beli Borong di China

Tiada lagi rahsia, lubuk untuk mendapatkan barang murah ialah dari negara China. Jika dulu, untuk membeli barang di China seseorang terpaksa pergi ke negara tersebut, berhadapan kesukaran untuk membeli sendiri kerana masalah bahasa dan masalah mencari barang-barang yang berkualiti. Terdapat juga risiko ditipu sekiranya pembeli tidak berpengalaman untuk mengenal pasti penjual yang jujur.

Seiring dengan perkembangan teknologi sekarang, untuk membeli barang daripada China adalah sangat mudah, antara website yang popular ialah di Alibaba. Berikut adalah cara ringkas bagaimana membeli barang di Alibaba.

1. Daftar sebagai user di alibaba.com, lengkapkan pendaftaran, nama, alamat dan verify dengan mengklik link di email yang diberi.

2. Cari barangan yang dikehendaki, sebagai contoh kita cari "handphone"




2. Pilih satu yang kita rasa sesuai. Klik pada listing tersebut, lihat padda harga dan minimum kuantiti yang diperlukan untuk membeli. Untuk contoh ini harganya ialah USD 60-80 dengan minimum order 3000 unit. Anda boleh kira-kira kos pembelian tersebut, USD 60 jika di tukar dalam RM lebih kurang RM250. Sekiranya anda rasa boleh menjual di pasaran Malaysia pada harga RM500, maka keuntungan bersih anda ialah RM250.






3. Semak rating penjual, ini dapat mengelakkan penipuan, lihat dari contoh ini penjual ialah Gold Supplier dan menerima Trade Assurance iaitu insuran sekiranya barang tidak sampai atau barang yang sampai adalah salah. Telah beroperasi selama 8 tahun. Lihat pula pada rating pelanggan mereka sebelum ini, untuk syarikat ini, ratingnya adalah very satisfied bermaksud sangat boleh dipercayai jika berurusan dengannya. Sekiranya semua kreteria telah dipenuhi dan anda berasa yakin, klik pada Contact Supplier.

4. Akan terpapar form untuk anda isi, tuliskan pertanyaan yang releven seperti harga termasuk postage ke Malaysia, ready stock, pilihan warna, letakkan brand anda sendiri dan lain-lain. Klik pada Send enquiry now.





5. Syarikat tersebut kemudian akan menghubungi anda melalui chat ataupun email. Anda boleh bertanya lebih banyak soalan sekiranya ada perkara yang masih belum jelas.

6. Setelah selesai perbincangan, tiba pula bab bayaran, biasanya Sayarikat tersebut mempunyai kaedah pembayaran sendiri seperti TT direct transfer, Wire Transfer dan lain-lain. Untuk lebih selamat, anda boleh meminta syarikat itu untuk berurusan melalui Trade Assurance, dimana setiap transaksi lebih selamat, sekiranya barang tidak sampai atau barang rosak apabila sampai, anda akan dilindungi oleh insurance.



6. Selesai pembayaran, Syarikat terbabit akan terima notifikasi daripada Alibaba dan akan menguruskan tempahan anda. Seterusnya anda boleh tunggu untuk barangan anda sampai. Bergantung kepada perkhidmatan mana yang diguna, tempoh masa sampai adalah antara 1-4 minggu.

7. Setelah barangan tiba, anda perlu berurusan dengan Kastam pula. kebiasanya barangan yang bernilai lebih RM500 akan dikena cukai import oleh kastam sebanyak 10%. Sekiranya barangan yang anda beli memerlukan kelulusan daripada mana-mana Jabatan kerajaan, anda perlu memastikan kelulusan telah diterima. Contohnya sekiranya anda membeli barangan kosmetik, kelulusan daripada Bahagian Farmaseutikal Kementerian Kesihatan Malaysia adalah diperlukan sebelum barang yang anda beli dilepaskan kepada anda.

Sekian cara ringkas dan mudah untuk membeli barang secara borong dari China, selain Alibaba terdapat juga satu website yang dikatakan lebih murah dan mudah iaitu taobou. Untuk mendapatkan info lanjut berkaitan Taobao ini anda boleh dapatkan panduan Rahsia Taobao di link ini Rahsia Taobao

Selamat berjaya

Copyright 2018 Buat Duit Online










Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online



kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 buat duit online