BUAT DUIT ONLINE

Buat Duit Online - Penjual Online Wajib Daftar SSM

Buat Duit Online - Penjual Online Wajib Daftar SSM

Semenjak 2016, kerajaan telah mewajibkan semua pengusaha online berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini berikutan tibul banyak kes penipuan online yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.



Peniaga online yang berdaftar dengan SSM [erlu memaparkan nombor pendaftaran mereka di profile perniagaan. Rasa bukan isu yang besar kerana dengan mendaftar SSM, reputasi penjual online akan meningkat dan pelanggan lebih yakin berurusan dengan peniaga yang berdaftar.

Untuk mendaftar SSM, anda boleh ke kaunter SSM yang berhampiran anda, semua permohonan sekarang perlu menggunakan sistem online menggunakan link ini https://ezbiz.ssm.com.my/. Walaubagaimana pun anda masih perlu mendapatkan token di kaunter SSM berhampiran untuk tujuan pengesahan identiti. Sekiranya anda ke kaunter SSM, mereka akan memberi anda token dan anda boleh menggunakan komputer yang disediakan oleh mereka untuk tujuan pendaftaran.

Copyright - www,kaya2u.com


Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online



kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 buat duit online