BUAT DUIT ONLINE

Buat Duit Online - Tiga Cara Promosi Barang Anda Secara Percuma

Buat Duit Online - Tiga Cara Promosi Barang Anda Secara Percuma

Bila kita pergi ke kelas-kelas sifu2 internet, banyak yang mengesyorkan supaya kita mempromosi produk dengan perkhidmatan berbayar seperti Facebook, Google Adwords dan lain-lain.

Banyak juga yang tersungkur membayar kos yang sangat tinggi, tapi barang tak berapa nak jalan. Akhirnya bisnes tutup kerana tak dapat tampung kos yang sangat besar, motivasi diri juga terganggu akibat kerugian yang dialami.

Bagi yang baru-baru menceburi bidak perniagaan online, anda tidak perlu untuk membayar kos yang mahal kerana masih banyak lagi sumber-sumber percuma yang anda masih boleh gunakan dengan berkesan. Ramai penggiat-penggiat buat duit online hanya menggunakan sumber percuma ini dan masih boleh membuat duit online dengan banyaknya.

promosi-percuma-buat-duit-online


Kali ini kami kongsikan 3 sumber untuk mempromosi barangan anda secara percuma.

1. Mudah

Ramai ambil mudah dengan Mudah ni. Tahukah anda mudah.my menduduki ranking kedua tertinggi website di Malaysia dari segi bilangan pengunjungnya. Pelanggan sedia-ada ada di Mudah. Mudah juga menawarkan servis berbayar untuk push up, highlight atau urgent. Tapi buat permulaan, listing biasa pon sudah memadai. Anda boleh senaraikan produk anda di Mudah.my seterusnya menarik pengunjung ke website anda atau terus menghubungi anda melalui telefon.

Supaya kelihatan lebih profesional, anda boleh mendaftar sebagai Pro Niaga di Mudah. Disamping iklan anda lebih mudah diurus dengan dashboard platform yang disediakan.

Selain memancing pengguna sedia ada di Mudah, anda juga berpeluang untuk mendapat pelanggan di luar Mudah kerana ia mesra kepada "search engine". Listing anda akan berada di muka pertama Google jika betul kajian keywordnya.

2. Youtube

Selalunya kita bukak Youtube untuk melihat movie, video music, ceramah agama, tapi satu lagi yang anda perlu tahu Youtube, ia adalah satu mekanisma yang berkesan sejak dulu lagi untuk mempromosi produk anda. Sebelum wujudnya Facebook, Youtube telah lama muncul dan banyak pembuat duit online menggunakan youtube untuk tujuan marketing.

Youtube dan Google adalah adik beradik, dimana Google telah membeli Youtube pada tahun 2006. Dengan sebab itu, anda akan mendapat kelebihan di search engine Google apabila ada bakal pelanggan anda membuat carian di Google, sekiranya Video anda menggunakan keyword yang tepat, ia akan mendapat rangking yang tinggi dan tidak mustahil mendapat no 1.

Bagaimana anda boleh gunakan Youtube ini? Sekiranya anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, anda boleh membuat review menggunakan video dan muat naik di Youtube.


3. Blogspot

Ini satu lagi anak buah Google. Kelebihannya selain percuma, ia mesra enjin carian. Ada ramai juga yang menjual Blogspot 2nd hand. Tapi ia sebenarnya terlalu mudah untuk di setup, anda boleh masukkan produk dan perkhidmatan anda di blogspot anda sendiri. Hanya register di Blogspot dan mula mencipta posting-posting yang menarik mengenai produk dan perkhidmatan anda.

Ok, rasa setakat tu dulu, jika anda menguasai tiga perkara di atas, produk dan servis anda akan menjadi lebih popular dan lebih mudah ditemui oleh bakal pembeli.

Selamat membuat duit online

copyright Buat Duit Online 


Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online



kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 buat duit online