Buat Duit Online - Macamana Nak Borong Barang Murah Daripada China Secara Online

Buat Duit Online - Bagaimana dapatkan barang murah daripada China Secara Online

Kita tahu banyak produk yang dihasilkan di negara China adalah murah disebabkan kos buruh dan operasi yang murah di sana dengan kualiti yang baik. Pelbagai barangan kita boleh dapati dari negara China, dari sekecil-kecil jarum hinggalah sebesar lori. Ramai penjual-penjual online atau offline mendapatkan sumber barangan mereka dari negara China, ada yang pergi ke China untuk mendapatkan barang, ada yang berususan melalui online sahaja.


Dalam pos kali ini kami akan terangkan bagaimana mencari barangan untuk dijual daripada negara China secara online. Anda boleh ke website Alibaba dan dapati banyak pengeluar-pengeluar produk di sana.

Sebagai contoh kami ingin mencari pembekal produk powerbank, terlebih dahulu anda perlu mendaftar ahli di alibaba.com, setelah selesai urusan pendaftaran, anda boleh mula mencari produk yang anda ingini.




Anda akan dapati banyak pembekal yang menawarkan powerbank, bagi memastikan anda berhubung dengan penjual yang meyakinkan dan mengurangkan risiko ditipu, anda boleh pilih jenis penjual dengan memilih Supplier types: Trade Assurance, Gold Supplier, Assessed Supplier.

Apabila anda telah menjumpai pembekal yang anda berkenan, klik pada profile pembekal tersebut, teliti rating yang diterima dan berapa lama dia dah menjual di Alibaba. Untuk pembelian di Alibaba ini, anda perlu berhubung secara peribadi dengan pembekal tersebut dan minta sebut harga daripada mereka. Klik pada butang Contact Supplier. Akan keluar satu form dimana anda boleh masukkan ciri-ciri produk yang anda ingini, misalnya bagi powerbank, anda boleh masukkan warna yang dikehendaki, berapa kapasiti, jumlah yang anda ingin order dan sebagainya, seberapa detail yang boleh. Jika ada gambar contoh, anda juga boleh attach di borang tersebut.




Kebiasaannya pembekal akan menghubungi anda dalam tempoh 1-2 hari melalui email atau sistem chat alibaba, anda boleh menghantar sebut harga kepada seberapa ramai pembekal. Perbincangan adalah menggunakan bahasa Inggeris, jika anda mahir berbahasa China adalah satu kelebihan, jangan bimbang sekiranya anda tidak mahir berbahasa Inggeris, kerana mereka pun tak berapa mahir juga, hanya guna simple English sudah memadai.

Setelah pembekal tersebut menghubungi anda, anda perlu confimkan betul-betul spesifikasi produk, harga, kos penghantaran, berapa lama siap, kebiasaanya pembekalkan menetapkan jumlah minima yang perlu dibeli, Minimum Order Quantity (MOQ). Anda juga boleh meminta sample daripada pembekal tersebut, kebanyakan pembekal ada menawarkan sample percuma, anda hanya perlu membayar kos pos. Ini lebih baik, kerana anda dapat melihat sendiri contoh produk sebelum anda membeli secara besar-besaran.

Kebanyakan pembayaran adalah menggunakan TT bank transfer dimana anda perlu berurusan di kaunter bank untuk melakukan pindahan wang, Alibaba juga da menawarkan pembayaran melalui Alipay, sekiranya pembekal boleh menggunakan Alipay, produk yang anda beli lebih terjamin. Dengan menggunakan Alipay, produk anda dijamin sampai dan sekiranya tidak sampai atau barang yang ditempah lain daripada yang anda terima, anda boleh menuntut daripada Alibaba ganti rugi.

Tidak rugi sekiranya anda mencuba untuk mendapatkan pembekal produk daripada Alibaba, selain harga yang murah, kualitinya adalah amat baik dan agak mustahil untuk mendapatkan harga tersebut daripada pembekal dalam negara atau dari negara lain.

Selain daripada Alibaba, terdapat sebuah lagi website di mana anda boleh dapatkan pembekal yang berkualiti iaitu taobao.com, ramai yang tidak mengetahui website ini dimana barangan lebih murah daripada Alibaba.com dan penjualnnya lebih dipercayai, untuk detail anda boleh lawat link ini dan dapatkan ebook Rahsia mencari pembekal di Taobao.com 

Selamat membuat duit online.


Copyright 2018 Buat Duit Online


Buat Duit Online dengan Instagram

Buat Duit Online dengan Instagram

Zaman sekarang ni boleh dikatakan semua ada akaun Instagram, hatta sekecil-kecil  anak berumur 2 tahun pun mak bapak dah buatkan akaun Instagram untuk mereka.

Bagi penggiat business online, Instagram telah menjadi adalah satu alat untuk mempromosi perniagaan yang popular. Lebih ramai follower anda, lebih tinggi kredibiliti anda sebagai seorang peniaga, banyak juga yang membuat business menjual follower.

Namun nak dapat follower yang ramai dan berkualiti bukanlah satu perkara yang mudah. Baru-baru ini apabila Facebook membeli Instagram, semua iklan Facebook boleh juga live di Instagram. Jadi two in one. 



Antara 3 cara yang anda boleh lakukan untuk menambah follower anda ialah:

1. Pos yang menarik dan gambar yang menarik. Ini sekaligus akan menarik perhatian pembaca, malah jika anda bernasib baik, pos anda akan di letak di muka depan Instagram dan lebih mata akan melihat anda.

2. Masa yang tepat untuk pos, di Malaysia, menurut statistik, pengguna Instagram kerap melayari akaun Instagram pada waktu malam, pada hari cuti, pada waktu petang lepas balik kerja atau balik sekolah. Apabila anda menghantar posting baru pada masa yang tepat, lebih ramai akan melihat posting anda.

3. Like dan komen pos orang, tujuan Instagram dicipta adalah untuk bersosial, kalau anda menyendiri, tiada yang sedar kewujudan anda. Apabila anda like dan komen, follower-follower lain yang melihat pos itu akan melihat posting anda dan kebarangkalian mereka akan follow anda.

Sekiranya anda belum mempunyai Instagram untuk business anda, anda perlu buat segera, ia adalah penting untuk menaikkan rating Instagram anda.

Untuk yang tercari-cari strategi advance yang boleh menambah follower Instagram anda, anda boleh lawat link ini rahsia mendapat follower yang ramai dalam masa singkat 


Copyright Buat Duit Online dengan Instagram 2018






Buat Duit Online - Tiga Cara Promosi Barang Anda Secara Percuma

Buat Duit Online - Tiga Cara Promosi Barang Anda Secara Percuma

Bila kita pergi ke kelas-kelas sifu2 internet, banyak yang mengesyorkan supaya kita mempromosi produk dengan perkhidmatan berbayar seperti Facebook, Google Adwords dan lain-lain.

Banyak juga yang tersungkur membayar kos yang sangat tinggi, tapi barang tak berapa nak jalan. Akhirnya bisnes tutup kerana tak dapat tampung kos yang sangat besar, motivasi diri juga terganggu akibat kerugian yang dialami.

Bagi yang baru-baru menceburi bidak perniagaan online, anda tidak perlu untuk membayar kos yang mahal kerana masih banyak lagi sumber-sumber percuma yang anda masih boleh gunakan dengan berkesan. Ramai penggiat-penggiat buat duit online hanya menggunakan sumber percuma ini dan masih boleh membuat duit online dengan banyaknya.

promosi-percuma-buat-duit-online


Kali ini kami kongsikan 3 sumber untuk mempromosi barangan anda secara percuma.

1. Mudah

Ramai ambil mudah dengan Mudah ni. Tahukah anda mudah.my menduduki ranking kedua tertinggi website di Malaysia dari segi bilangan pengunjungnya. Pelanggan sedia-ada ada di Mudah. Mudah juga menawarkan servis berbayar untuk push up, highlight atau urgent. Tapi buat permulaan, listing biasa pon sudah memadai. Anda boleh senaraikan produk anda di Mudah.my seterusnya menarik pengunjung ke website anda atau terus menghubungi anda melalui telefon.

Supaya kelihatan lebih profesional, anda boleh mendaftar sebagai Pro Niaga di Mudah. Disamping iklan anda lebih mudah diurus dengan dashboard platform yang disediakan.

Selain memancing pengguna sedia ada di Mudah, anda juga berpeluang untuk mendapat pelanggan di luar Mudah kerana ia mesra kepada "search engine". Listing anda akan berada di muka pertama Google jika betul kajian keywordnya.

2. Youtube

Selalunya kita bukak Youtube untuk melihat movie, video music, ceramah agama, tapi satu lagi yang anda perlu tahu Youtube, ia adalah satu mekanisma yang berkesan sejak dulu lagi untuk mempromosi produk anda. Sebelum wujudnya Facebook, Youtube telah lama muncul dan banyak pembuat duit online menggunakan youtube untuk tujuan marketing.

Youtube dan Google adalah adik beradik, dimana Google telah membeli Youtube pada tahun 2006. Dengan sebab itu, anda akan mendapat kelebihan di search engine Google apabila ada bakal pelanggan anda membuat carian di Google, sekiranya Video anda menggunakan keyword yang tepat, ia akan mendapat rangking yang tinggi dan tidak mustahil mendapat no 1.

Bagaimana anda boleh gunakan Youtube ini? Sekiranya anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, anda boleh membuat review menggunakan video dan muat naik di Youtube.


3. Blogspot

Ini satu lagi anak buah Google. Kelebihannya selain percuma, ia mesra enjin carian. Ada ramai juga yang menjual Blogspot 2nd hand. Tapi ia sebenarnya terlalu mudah untuk di setup, anda boleh masukkan produk dan perkhidmatan anda di blogspot anda sendiri. Hanya register di Blogspot dan mula mencipta posting-posting yang menarik mengenai produk dan perkhidmatan anda.

Ok, rasa setakat tu dulu, jika anda menguasai tiga perkara di atas, produk dan servis anda akan menjadi lebih popular dan lebih mudah ditemui oleh bakal pembeli.

Selamat membuat duit online

copyright Buat Duit Online 


Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Post Popular Buat Duit Online


buat duit online bookmarks Social Bookmarking


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 kaya2u.blogspot.com - buat duit online