Mycybersale 2017 - Peluang Keemasan Untuk Penggiat Bisnes Online

Mycybersale - Peluang untuk penggiat Bisnes Online mempromosi Produk


Penggiat bisnes online perlu untuk merebut peluang keemasan ini, Mycybersale telah berlangsung selama 4 tahun berturut-turut dan pada tahun ini akan diadakan  pada 9 hingga 13 Oktober 2017.



Sedikit info mengenai Mycybersale untuk yang tak berapa kenal, ia adalah satu inisiatif yang dianjurkan oleh MDEC di bawah Inisiatif Digital Malaysia sebagai pemangkin untuk membangunkan industri e-dagang serta untuk meningkatkan budaya membeli-belah dalam talian di Malaysia.


MDEC berhasrat untuk membawa industri online Malaysia ke dalam piawaian antarabangsa dengan menyatukan semua penggiat-penggiat online di bawah di bawah satu bumbung maya: e-pasar seperti peruncit dan pedagang dalam talian, pembekal gerbang pembayaran, logistik dan pemenuhan , pemain industri, institusi kewangan serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan infrastruktur.


Dengan keadaan ekonomi yang sedang berkembang ini, industri online Malaysia dijangka meningkat kepada RM72.3 bilion menjelang 2015. Ini sejajar dengan aspirasi ekonomi digital MDEC di bawah Digital Malaysia. 



Objektif Mycybersale adalah seperti berikut:

Untuk menjana permintaan belanja dalam talian dari pengguna

Untuk menggalakkan PKS untuk mengguna pakai eCommerce dalam perniagaan mereka
Untuk meningkatkan pendapatan domestik eCommerce


Dari tahun 2014 hingga 2016, MDEC telah bekerjasama dengan beberapa pemain dalam industri eCommerce untuk menyokong dan memacu pertumbuhan ekonomi digital. Sehingga 2016, MDEC telah berjaya mencapai GMV sebanyak RM 211 Juta (peningkatan 80% daripada GMV 2015).

Dari itu, mereka yang masih belum mendaftar masih ada lagi peluang berbuat demikian, cepat-cepat register di website MDEC (https://mycybersale.mdec.com.my/) untuk sama-sama join Mycybersale kali ini. 


Copyright 2017 Buat Duit Online

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Post Popular Buat Duit Online


buat duit online bookmarks Social Bookmarking


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 kaya2u.blogspot.com - buat duit online