Rahsia Buat Duit Dengan Pomade

Buat Duit Online - 5 Benda Pelik Yang Pernah Dilelong di eBay

Buat Duit Online - 5 Benda Paling Pelik Yang Pernah Dilelong di eBay:

Kali ni aku nak kongsikan beberapa benda pelik yang telah dilelong dan berjaya dijual di eBay. Memang kadang-kadang tak masuk akal. Tapi itu bukan alasan untuk menjana keuntungan dengan eBay.

Kita tengok benda apa tu:

1. Sisa Gula-gula getah yang dibuang oleh Britney Spears di Hotel London dilelong oleh seorang peminat yang berjaya mengutipnya sebaik sahaja diludah oleh artis tersebut. Peminat setia Britney Spears memang akan berebut-rebut untuk mendapatkan barangan peribadi artis pujaan mereka itu. Sisa gula-gula getah ini mendapat bidaan hangat dan berjaya dijual dengan harga USD$263.



2. Hantu di dalam balang dilelong oleh seorang penjual di eBay kerana mendakwa ia menakutkan pemiliknya. Penjual meletakkan amaran tidak akan bertanggungjawab sekiranya "hantu" tersebut terlepas dari balang. "Hantu" tersebut berjaya dibida sehingga harga USD$50,922. Namun pembeli yang berjaya membida dengan harga tertinggi tidak membayarnya.



3. Natalie Dylan, gadis berusia 23 tahun melelong daranya di eBay dengan alasan untuk mendapatkan wang untuk menyambung pelajarannya. Dia berharap supaya dapat menjual "daranya" dengan harga sejuta dolar. Beliau bukan lah gadis pertama yang menjual daranya di eBay, sebelum ini seorang pelajar Britain telah berjaya menjual daranya di eBay dengan alasan mahu duit untuk belanja pelajarannya . Bidaan tersebut dimenangi oleh seorang ahli perniagaan, namun ahli perniagaan tersebut hanya memberi wang kepada gadis tersebut tanpa menuntut "barang" yang telah dimenanginya. - eBay telah melarang jualan seumpama itu sekarang. Jadi jangan cuba-cuba. :)



4. Sisa roti yang dimakan oleh Justin Timberlake yang didakwa ditinggalkan oleh artis tersebut semasa makan di sebuah restoran. Penjual menjual sisa roti tersebut di eBay beserta garpu dan pinggan yang digunakan oleh beliau untuk makan roti tersebut. Roti tersebut telah berjaya dijual dengan harga USD$3154.



5. Seorang lelaki Australia yang kecewa setelah bercerai dengan isterinya telah melelong kehidupannya sendiri di eBay dengan harga AUD$192,000. Lelongan yang dibuat termasuk rumah dan isi rumah, kereta, pekerjaan, motorsikal dan kawan-kawan beliau. Katanya, ini bertujuan untuknya menampung kos memulakan kehidupan yang baru.


Ok, setakat tu dulu, nanti aku sambung lagi. Walaupun benda yang dijual agak pelik dan seperti tidak masuk akal. Penjual tetap dapat menjana keuntungan yang berlipat ganda.

Dikala orang sibuk buat duit, kita jangan sibuk buat alasan demi alasan...

copyright http://kaya2u.blogspot.com



Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Popular Posts


buat duit online bookmarks Social Bookmarking
Add to: Mr. Wong Add to: Webnews Add to: Icio Add to: Oneview Add to: Linkarena Add to: Newskick Add to: Seekxl Add to: Favit Add to: Social Bookmarking Tool Add to: BoniTrust Add to: Power Oldie Add to: Newsider Add to: Linksilo Add to: Readster Add to: Folkd Add to: Yigg Add to: Digg Add to: Del.icio.us Add to: Reddit Add to: Simpy Add to: StumbleUpon Add to: Slashdot Add to: Netscape Add to: Furl Add to: Yahoo Add to: Spurl Add to: Google Add to: Blinklist Add to: Blogmarks Add to: Diigo Add to: Technorati Add to: Newsvine Add to: Blinkbits Add to: Ma.Gnolia Add to: Smarking Add to: Netvouz Information


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2011 kaya2u.blogspot.com - buat duit online