Buat Duit Online - Cek dari Amazon

Buat Duit Online - Cek dari Amazon

Saja-saja pos kali ni nak menunjuk tunjuk cek yang aku terima dari Amazon beberapa hari lepas. Nak tunjuk sikit pada orang yang kata tak boleh buat duit dengan blog/website dan nak bagi semangat kepada yang baru nak mencuba dan kepada yang masih belum berjaya mendapat pendapatan dari blog/website.

cek amazon

Beberapa part2 sulit tu terpaksa la aku gelapkan sebelum orang salah gunakan. Kali ni bayaran yang diterima USD 313.85 lebih kurang RM1000. Ada ramai kat luar sana dapat income lebih lumayan dengan Amazon ni.. ada yang 5 angka.. 6 angka sebulan... Buat permulaan ni cukup la beberapa ratus dolar sebulan.. Agak lumayan kalau part time income korang dapat banyak tu kan?.

Untuk yang tak berapa paham Amazon ni.. dia lebih kurang macam eBay jugak.. aku rasa dah cerita dalam post aku sebelum nih.. kalau rajin selak lah post lama-lama.. Secara ringkasnya.. kita promote barang yang dijual di Amazon di blog/website kita.. letak link/banner... kalau ada orang beli melalui blog/website kita.. kita akan dapat komisyen jualan 4% hingga 15%.



Cuba kira2 kalau korang ada sorang pelawat blog/website korang klik iklan di website/blog korang dan membeli barang kat atas tu. Cuba try test kira komisyen dia = harga barang = USD124,895 X komisyen 15% = USD18,734 = jumlah komisyen dalam ringgit ialah RM59,283... Wowwii.. berapa bulan ke berapa tahun punya gaji tu.. dengan hanya menjual satu barang... :)

Walaupon bukan senang nak jual barang semahal itu... tapi tak mustahil kalau kita berusaha.. Amazon akan beri 4% komisyen sebagai permulaan.. dan akan ditambah hingga setinggi 15% jika berjaya menjual banyak barang Amazon.

Ok, setakat tu dulu, harap dapat beri semangat kepada yang baru2 nak belajar buat duit online.

Disaat orang lain sebok buat duit, kita jangan lah sebok buat alasan...

copyright 2012 -  http://kaya2u.blogspot.com



Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Post Popular Buat Duit Online


buat duit online bookmarks Social Bookmarking


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 kaya2u.blogspot.com - buat duit online