BUAT DUIT ONLINE - USD1000 SEBULAN, MASIH PERLU MAKAN GAJI?

BUAT DUIT ONLINE - USD1000 SEBULAN, MASIH PERLU MAKAN GAJI?

Salam buat duit online kepada semua pembaca blog ni. Selamat menyambut awal muharam tahun 1433 hijrah. Semoga tahun baru hijrah ini memberikan semangat baru dalam hidup kita ke arah lebih cemerlang dan gemilang.

Perayaan krismes semakin dekat dan seperti biasa setiap tahun, penjualan barang-barang meningkat secara mendadak. Seperti kita maklum budaya penduduk negara-negara barat ialah bertukar-tukar hadiah sesama mereka setiap kali musim perayaan dan sebagai penjual online, korang perlu mengambil peluang keemasan ni untuk memasarkan produk korang dengan lebih giat kepada pelanggan-pelanggan di luar negara, khususnya dari Amerika, Britain, Australia, Canada dan negara-negara Eropah yang lain.

Samada korang menggunakan platform pihak ketiga seperti eBay atau menggunakan blog sendiri kedua-duanya boleh menjana keuntungan. Cuma apabila korang guna platform pihak ketiga, kos yang perlu dibayar agak tinggi, berbanding menjual barang-barang di blog/website sendiri, dimana  korang hanya perlu mengeluarkan belanja untuk domain dan webhosting.

Kita lihat realiti kehidupan kita, agak-agak berapa ramai yang ikhlas untuk bekerja makan gaji, berapa ramai yang ikhlas untuk pergi pagi ke pejabat pulang ke rumah petang atau malam, menerima arahan daripada bos suruh itu ini. 

Bisnes online adalah satu cara terbaik untuk mereka keluar daripada belenggu hidup rat race tersebut. Kita sering dengar 9 daripada 10 punca rezki ialah melalui perniagaan, manakala 9 daripada 10 punca pendapatan perniagaan ialah melalui online. Sudah tiba masa untuk kita berfikir di luar kotak.

Jadi jika korang memilih bidang bisnes online, itu adalah pilihan yang sangat tepat untuk menggantikan kerja makan gaji yang korang tidak berapa minat.

Klau lihat di screen shoot di bawah adalah pendapatan bersih bisnes online aku yang diterima melalui Paypal tidak sampai sebulan. (selain Paypal, ada juga bayaran diterima melalui check atau Western Union). Bukan nak bangga diri, sekadar pencetus semangat untuk semua. Ramai lagi pengusaha online Malaysia yang aku tahu bependapatan lebih darpada 10 ribu sebulan.



Ini membuktikan pendapatan online boleh memberikan pendapatan lumayan dan menggantikan pendapatan bulanan makan gaji sekiranya dilakukan dengan betul.

Cuba korang pikirkan, majikan mana yang sanggup membayar 1000 dolar sebulan (lebih kurang 3000 ringgit sebulan) dengan kerja korang hanya memerlukan kurang daripada 2 jam mengadap komputer. Sekarang ni kalau nak dapat gaji RM3000 sebulan, kebanyakan kerja tersebut mensyaratkan kita mempunyai  segulung ijazah, atau berpengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun. Kerja-kerja tersebut juga memerlukan kita bekerja 8 jam sehari atau lebih dan bekerja sepanjang tahun dengan cuti rehat yang diperuntukkan ialah selama 20 hari setahun. Bagi mereka yang tidak berminat bekerja makan gaji, itu adalah perkara yang cukup menyeksakan dalam hidup mereka.Namun mereka teruskan juga kerja bagi mengelakkan keputusan pendapatan.

Dengan berbisnes online, korang hanya perlu memperuntukan masa kurang 2 jam sehari dengan hanya berkain pelekat atau berkain batik di rumah. Kalau pepatah ada mengatakan, ulat dalam batu pun boleh hidup, pepatah baru yang korang akan dengar harini ialah orang di depan computer pun boleh hidup. Korang boleh bercuti sepanjang tahun kerana kerja bisnes online boleh dibuat dimana-mana sahaja asalkan ada talian internet dan computer.

Tambahan lagi dengan masa yang fleksible tersebut, korang boleh membuat kerja-kerja sampingan yang lain untuk menambah pendapatan untuk diri dan keluarga.

Diharap dengan bermulanya tahun baru hijrah 1433 ini, mindset kita dapat berubah, supaya berfikir di luar kotak kebiasaan, kerja untuk hidup, bukan hidup untuk kerja. Amacam? Berani untuk letak jawatan sekarang untuk berbisnes online sepenuh masa? 

Fikir-fikirkan dan selamat membuat duit online.

copyright : buat duit online

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Post Popular Buat Duit Online


buat duit online bookmarks Social Bookmarking


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 kaya2u.blogspot.com - buat duit online