Buat Duit Online, Hasad Dengki dan Bomoh Cyber

Buat duit online, hasad dengki dan bomoh cyber.

Salam kepada pengunjung blog ni, agak lama juga aku tak "update" blog ni. Kali ni tajuk pelik sikit. Ada cerita disebalik tajuk pelik di atas.

Baru-baru ini akaun Adsense aku telah dibanned oleh Google, sudah hampir 7 tahun usia akaun Adsense aku tu, akhirnya kecundang juga seperti kebanyakan pengusaha-pengusaha online yang lain. Walaupun Adsense bukanlah pendapatan online utama aku, tapi terasa jugalah kehilangan beberapa ratus dolar sebulan akibat dibanned.

Biasa kita dengar pengusaha kedai makan banyak didengki oleh pesaing-pesaingnya akibat sifat hasad dengki, pengusaha online juga tidak terlepas daripada masalah ini. Cuma bomoh perniagaan online ni agak "advance", kerana menggunakan bantuan "software" dan peralatan ICT tidak menggunakan khidmat jin.

Google Adsense agak ketat peraturannya, buat yang tak biasa dengan adsense, ia adalah satu daripada sumber pendapatan internet, apabila korang meletakkan iklan adsense di dalam website atau blog korang. Korang akan mendapat duit berdasarkan jumlah pengunjung yang klik dan melawat iklan yang diletakkan di website atau blog korang. Apabila adsense mengesan "invalid click", iaitu apabila iklan di website dan blog korang diklik terlalu banyak, tidak sepadan dengan bilangan pengunjung, secara automatik akaun adsense anda akan digantung. Setiap klik akan dicaj ke dalam akaun pengiklan dan sebarang aktiviti penipuan klik akan menjejaskan Google dan syarikat-syarikat pengiklan. Google mengambil berat perkara ini.

Banyak juga mereka yang baru-baru mencuba adsense ini tidak sabar dengan income Adsense yang terlalu sedikit akan menggunakan beberapa cara untuk menipu Adsense. Antaranya mengklik iklan di dalam website dan blognya sendiri atau menggunakan satu software dimana program akan disetting untuk mengklik iklan-iklan mereka sendiri atau meletakkan website. Ada juga yang meletak alamat blog di "autosurf" dimana pengunjung website atau blog dibeli sehingga beribu-ribu sehari. Google memang pantang dengan perkara ini, biasanya akaun akan dibanned dalam masa tidak sampai 24 jam. Cara ini jugalah digunakan untuk mensabotaj akaun Adsense pesaing-pesaing.


Blog ini juga pernah disabotaj beberapa tahun yang lalu dengan beribu2 klik sehari, namun dapat diselamatkan apabila aku dapat mengesan dan segera laporkan aktiviti itu kepada Google. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku juga telah membuang semua iklan adsense di blog ini. Kali ini tidak dapat diselamatkan dan aku mengesan sabotaj dikenakan ke atas satu blog aku yang pengunjungnya 100% dari Malaysia. Kadar klik iklan di blog tersebut meningkat secara mendadak.

Inilah risiko sebagai pengusaha internet, dan jika korang hanya mengharapkan satu jenis pendapatan online, tiada pendapatan online lain, korang mungkin akan terduduk masa ini. Aku lebih selesa berniaga dan berurusan dengan pelanggan dari luar negara kerana masalah dengki mendengki ni kurang kedengaran, orang luar pun mungkin tak reti nak jumpa bomoh-bomoh ni. Dan dengan alasan itu juga aku menolak mentah-mentah apabila wakil eBay Malaysia menelifon baru-baru ini meminta aku menjual barang-barang di eBay Malaysia. Aku dah dapat bayangkan risiko yang bakal aku hadapi jika aku menjual barang-barang yang selama ini aku jual di eBay USA kepada pelanggan-pelanggan di Malaysia. Begitu juga dengan Amazon dan lain-lain.

Semoga kita lebih hati-hati dalam melindung pendapatan online kita dimasa akan datang. Selamat membuat duit online.

copyright http://kaya2u.blogspot.com

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Post Popular Buat Duit Online


buat duit online bookmarks Social Bookmarking


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 kaya2u.blogspot.com - buat duit online