Buat Duit Online Dengan Paypal

Buat Duit Online Dengan Paypal

Bila orang tanya aku macamana nak buat duit online dengan Paypal. Aku mula menggaru kepala yang tak gatal ni. Sebenarnya paypal bukan lah sumber untuk buat duit online. Dia ni macam alat jer untuk korang menerima duit, membayar duit dan mentransferkan duit ke dalam akaun bank korang.

Contohnya tengok kat atas tu aku withdraw $460 USD dollar ke dalam akaun bank aku. Bila dah convert dalam ringgit dapatlah RM1340.  Paypal ni hanyalah menjadi bank kepada kita untuk berurusniaga online, dan majaroti website seluruh dunia menerima pembayaran menggunakan Paypal ni. kat Malaysia ni.. nampak macam baru nak bertapak tak menyeluruh lagi penggunaan paypal ni.

Macamana nak register Paypal ni? Korang mesti ada kad kredit atau sekurang-kurangnya kad debit yang korang boleh link dengan akaun Paypal korang ni. Memang penting Paypal ni, kalau takder susah jugak korang nak buat duit online sebab banyak kompeni antarabangsa membayar komisyen, untung korang menggunakan Paypal.

Bila dah ada Paypal ni, korang juga boleh shopping online di mana-mana website seluruh dunia. Korang akan teruja bila tahu harga yang dijual di luar sana jauh lebih murah berbanding Malaysia. Memang cekik darah peniaga-peniaga kat Malaysia ni. semua nak kaya cepat, untung melampau-lampau.

Kepada yang berminat berniaga juga, boleh beli barang-barang dari luar negara dengan harga murah dan jual di Malaysia, kalau dulu kita kena pergi sana, sekarang dengan online dan Paypal ni urusan menjadi lebih mudah. Tapi hati-hati la. Bukan semua yang menjual tu jujur, cuma yang best dengan Paypal ni, setiap belian korang di lindung oleh insurans, sekiranya korang ditipu, Paypal akan membayar semula duit yang korang bayar tu sepenuhnya.

Yang takder akaun paypal tu boleh lah register sekarang, percuma sahaja. 

copyright http://kaya2u.blogspot.com

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Popular Posts


buat duit online bookmarks Social Bookmarking
Add to: Mr. Wong Add to: Webnews Add to: Icio Add to: Oneview Add to: Linkarena Add to: Newskick Add to: Seekxl Add to: Favit Add to: Social Bookmarking Tool Add to: BoniTrust Add to: Power Oldie Add to: Newsider Add to: Linksilo Add to: Readster Add to: Folkd Add to: Yigg Add to: Digg Add to: Del.icio.us Add to: Reddit Add to: Simpy Add to: StumbleUpon Add to: Slashdot Add to: Netscape Add to: Furl Add to: Yahoo Add to: Spurl Add to: Google Add to: Blinklist Add to: Blogmarks Add to: Diigo Add to: Technorati Add to: Newsvine Add to: Blinkbits Add to: Ma.Gnolia Add to: Smarking Add to: Netvouz Information


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2011 kaya2u.blogspot.com - buat duit online