Buat Duit Online Dengan Squidoo

Buat Duit Online Dengan Squidoo

Squidoo adalah cara paling mudah nak buat duit online tanpa satu sen modal pun korang kena keluar. Tak percaya? Lihat screen shot di bawah, bayaran daripada Squidoo ke Paypal aku bulan ni sebanyak USD$71, tu lebih kurang RM210 ikut rate sekarang. Apa yang best squidoo ni, nak buat cukup senang, tak sampai sepuluh minit korang boleh buat satu lens yang lengkap.

Kepada yang tak pernah dengar Squidoo ni, aku terangkan sikit, page-page yang dibuat melalui Squidoo akan dipanggil lens. Squidoo akan membuat bayaran kepada korang berdasarkan iklan pada lens-lens tu yang diklik pengunjung seperti Adsense, Chitika, atau pun komisyen bila ada orang beli barang-barang yang diletakkan dalam lens korang, termasuklah barang Amazon, eBay dan lain-lain.


Walaupun Squidoo ni bukanlah sumber pendapatan buat duit online aku yang utama, tapi duit Squidoo yang dibayar tiap-tiap bulan memang sedap. Biasanya aku menghabiskan untuk shopping online juga. Duit mudah, nak abiskan pun mudah lah. Squidoo ni kadang-kadang aku tinggal jer beberapa bulan, tapi income tetap masuk. Pasif income yang mudah la tu.

Korang juga boleh promote website korang kalau ada, promote barang-barang korang sendiri atau letakkan link-link affiliate di dalam lens Squidoo dan income korang juga akan bertambah tanpa mengharapkan bayaran daripada Squidoo semata-mata.

Aku ada banyak post pasal squidoo sebelum ni, korang boleh selak-selak page lama. Kalau nak try.. korang boleh register di www.squidoo.com dan mula buat duit online. Tak payah modal, cukup senang.. budak darjah 6 Melur pun boleh buat ^-^ .

Kepada yang masih tak percaya boleh buat duit mudah dengan online ni.. Lu pikirlah sendiri.. ^-^ pinjam kata-kata Nabil.. Selamat membuat duit online.

copyright http://kaya2u.blogspot.com

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Post Popular Buat Duit Online


buat duit online bookmarks Social Bookmarking


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 kaya2u.blogspot.com - buat duit online