Buat Duit Online dan hadiah Santa Claus

Buat Duit Online dan hadiah Santa Claus - Lama plak aku tak update blog ni, agak sebok musim-musim perayaan ni, orang lain sebok beraya.. sebagai penjual online, kita pun sebok la menjual barang, membungkus barang, mengepos barang, mengupdate website dan mengutip duit.. heheh...


Siapa tak kenal Santa Claus? Santa Claus adalah satu dongeng yang sangat popular bila tiba hari Krismes. Santa diceritakan akan memberi hadiah pada malam raya Krismes kepada budak-budak yang berperangai baik. Watak Santa ni wujud sejak beratus-ratus tahun lampau dan sejak beberapa ratus tahun lampau setiap kali menjelang Krismes, ramai la anak2 mat saleh kena kencing tipu dengan mak bapak dorang mengatakan Santa akan bagi hadiah...Padahal mak bapak dia yang beli hadiah untuk anak mereka... meletakkan secara sembunyi2 dan mengatakan Santa yang bagi... dan tak lupa juga budaya omputeh apabila menjelang Krismes ni ialah bertukar-tukar hadiah sesama mereka...

Jadi dalam kesebokkan penduduk dunia mencari hadiah... kita perlu la bijak mengambil kesempatan menjual barang-barang yang bersesuaian... yang pasti penjualan barang samada fizikal secara fizikal atau secara online akan meningkat setiap kali tiba musim perayaan ini.

Aku pun kena la tempias sikit-sikit... Berikut adalah jualan aku di eBay dalam tempoh dua bulan sebelum hari Krismes baru-baru ini.



Hampir RM 18 ribu untuk tempoh 2 bulan (60 hari).. ini hanya untuk satu akaun eBay, dan tak termasuk jualan dari website-website lain seangkatan eBay, jualan dari website sendiri, komisyen dari program-program affiliate, iklan dan sebagainya... Banyak ker.. Aku tau ramai lagi pengusaha-pengusaha bisnes online dapat lebih banyak dari ini.

Bukan nak menunjuk atau membangga diri, riak sikit jer... sekurang-kurangnya dapat membuka mata mereka yang masih menganggap bila buat duit online ni... tak cukup duit untuk makan... hanya mampu makan pasir berlaukkan kicap masin dan hanya mampu berpakaian yang dibuat daripada surat khabar..

Ramai yang telah hidup senang dengan buat duit online... bekerja dari rumah dengan hanya berkain pelekat di depan laptop... tanpa perlu memakai tali leher ke pejabat, mendengar leteran bos-bos di pejabat atau berebut-rebut memijak rakan sekerja untuk naik pangkat...

9 daripada 10 punca rezki adalah melalui perniagaan dan 9 daripada 10 perniagaan yang berjaya adalah melalui online. Perlu ingat.. kerja adalah untuk kita hidup, bukannya hidup kita yang indah dihabiskan semata-mata untuk kerja.. moga korang dapat berfikir di luar kotak dan terus bersemangat untuk buat duit online pada tahun 2011.Untuk korang yang bercadang untuk berenti kerja makan gaji dan menjadikan kerjaya buat duit online sebagai full time, 2011 adalah tahun terbaik korang berbuat demikian. Selamat membuat duit online.

copyright 2011 -  buat duit online

0 comments:

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Popular Posts


buat duit online bookmarks Social Bookmarking
Add to: Mr. Wong Add to: Webnews Add to: Icio Add to: Oneview Add to: Linkarena Add to: Newskick Add to: Seekxl Add to: Favit Add to: Social Bookmarking Tool Add to: BoniTrust Add to: Power Oldie Add to: Newsider Add to: Linksilo Add to: Readster Add to: Folkd Add to: Yigg Add to: Digg Add to: Del.icio.us Add to: Reddit Add to: Simpy Add to: StumbleUpon Add to: Slashdot Add to: Netscape Add to: Furl Add to: Yahoo Add to: Spurl Add to: Google Add to: Blinklist Add to: Blogmarks Add to: Diigo Add to: Technorati Add to: Newsvine Add to: Blinkbits Add to: Ma.Gnolia Add to: Smarking Add to: Netvouz Information


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2011 kaya2u.blogspot.com - buat duit online