Rahsia Buat Duit Dengan Pomade

BUAT DUIT ONLINE - USD1000 SEBULAN, MASIH PERLU MAKAN GAJI?

BUAT DUIT ONLINE - USD1000 SEBULAN, MASIH PERLU MAKAN GAJI?

Salam buat duit online kepada semua pembaca blog ni. Selamat menyambut awal muharam tahun 1433 hijrah. Semoga tahun baru hijrah ini memberikan semangat baru dalam hidup kita ke arah lebih cemerlang dan gemilang.

Perayaan krismes semakin dekat dan seperti biasa setiap tahun, penjualan barang-barang meningkat secara mendadak. Seperti kita maklum budaya penduduk negara-negara barat ialah bertukar-tukar hadiah sesama mereka setiap kali musim perayaan dan sebagai penjual online, korang perlu mengambil peluang keemasan ni untuk memasarkan produk korang dengan lebih giat kepada pelanggan-pelanggan di luar negara, khususnya dari Amerika, Britain, Australia, Canada dan negara-negara Eropah yang lain.

Samada korang menggunakan platform pihak ketiga seperti eBay atau menggunakan blog sendiri kedua-duanya boleh menjana keuntungan. Cuma apabila korang guna platform pihak ketiga, kos yang perlu dibayar agak tinggi, berbanding menjual barang-barang di blog/website sendiri, dimana  korang hanya perlu mengeluarkan belanja untuk domain dan webhosting.

Kita lihat realiti kehidupan kita, agak-agak berapa ramai yang ikhlas untuk bekerja makan gaji, berapa ramai yang ikhlas untuk pergi pagi ke pejabat pulang ke rumah petang atau malam, menerima arahan daripada bos suruh itu ini. 

Bisnes online adalah satu cara terbaik untuk mereka keluar daripada belenggu hidup rat race tersebut. Kita sering dengar 9 daripada 10 punca rezki ialah melalui perniagaan, manakala 9 daripada 10 punca pendapatan perniagaan ialah melalui online. Sudah tiba masa untuk kita berfikir di luar kotak.

Jadi jika korang memilih bidang bisnes online, itu adalah pilihan yang sangat tepat untuk menggantikan kerja makan gaji yang korang tidak berapa minat.

Klau lihat di screen shoot di bawah adalah pendapatan bersih bisnes online aku yang diterima melalui Paypal tidak sampai sebulan. (selain Paypal, ada juga bayaran diterima melalui check atau Western Union). Bukan nak bangga diri, sekadar pencetus semangat untuk semua. Ramai lagi pengusaha online Malaysia yang aku tahu bependapatan lebih darpada 10 ribu sebulan.



Ini membuktikan pendapatan online boleh memberikan pendapatan lumayan dan menggantikan pendapatan bulanan makan gaji sekiranya dilakukan dengan betul.

Cuba korang pikirkan, majikan mana yang sanggup membayar 1000 dolar sebulan (lebih kurang 3000 ringgit sebulan) dengan kerja korang hanya memerlukan kurang daripada 2 jam mengadap komputer. Sekarang ni kalau nak dapat gaji RM3000 sebulan, kebanyakan kerja tersebut mensyaratkan kita mempunyai  segulung ijazah, atau berpengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun. Kerja-kerja tersebut juga memerlukan kita bekerja 8 jam sehari atau lebih dan bekerja sepanjang tahun dengan cuti rehat yang diperuntukkan ialah selama 20 hari setahun. Bagi mereka yang tidak berminat bekerja makan gaji, itu adalah perkara yang cukup menyeksakan dalam hidup mereka.Namun mereka teruskan juga kerja bagi mengelakkan keputusan pendapatan.

Dengan berbisnes online, korang hanya perlu memperuntukan masa kurang 2 jam sehari dengan hanya berkain pelekat atau berkain batik di rumah. Kalau pepatah ada mengatakan, ulat dalam batu pun boleh hidup, pepatah baru yang korang akan dengar harini ialah orang di depan computer pun boleh hidup. Korang boleh bercuti sepanjang tahun kerana kerja bisnes online boleh dibuat dimana-mana sahaja asalkan ada talian internet dan computer.

Tambahan lagi dengan masa yang fleksible tersebut, korang boleh membuat kerja-kerja sampingan yang lain untuk menambah pendapatan untuk diri dan keluarga.

Diharap dengan bermulanya tahun baru hijrah 1433 ini, mindset kita dapat berubah, supaya berfikir di luar kotak kebiasaan, kerja untuk hidup, bukan hidup untuk kerja. Amacam? Berani untuk letak jawatan sekarang untuk berbisnes online sepenuh masa? 

Fikir-fikirkan dan selamat membuat duit online.

copyright : buat duit online

Buat Duit Online, Hasad Dengki dan Bomoh Cyber

Buat duit online, hasad dengki dan bomoh cyber.

Salam kepada pengunjung blog ni, agak lama juga aku tak "update" blog ni. Kali ni tajuk pelik sikit. Ada cerita disebalik tajuk pelik di atas.

Baru-baru ini akaun Adsense aku telah dibanned oleh Google, sudah hampir 7 tahun usia akaun Adsense aku tu, akhirnya kecundang juga seperti kebanyakan pengusaha-pengusaha online yang lain. Walaupun Adsense bukanlah pendapatan online utama aku, tapi terasa jugalah kehilangan beberapa ratus dolar sebulan akibat dibanned.

Biasa kita dengar pengusaha kedai makan banyak didengki oleh pesaing-pesaingnya akibat sifat hasad dengki, pengusaha online juga tidak terlepas daripada masalah ini. Cuma bomoh perniagaan online ni agak "advance", kerana menggunakan bantuan "software" dan peralatan ICT tidak menggunakan khidmat jin.

Google Adsense agak ketat peraturannya, buat yang tak biasa dengan adsense, ia adalah satu daripada sumber pendapatan internet, apabila korang meletakkan iklan adsense di dalam website atau blog korang. Korang akan mendapat duit berdasarkan jumlah pengunjung yang klik dan melawat iklan yang diletakkan di website atau blog korang. Apabila adsense mengesan "invalid click", iaitu apabila iklan di website dan blog korang diklik terlalu banyak, tidak sepadan dengan bilangan pengunjung, secara automatik akaun adsense anda akan digantung. Setiap klik akan dicaj ke dalam akaun pengiklan dan sebarang aktiviti penipuan klik akan menjejaskan Google dan syarikat-syarikat pengiklan. Google mengambil berat perkara ini.

Banyak juga mereka yang baru-baru mencuba adsense ini tidak sabar dengan income Adsense yang terlalu sedikit akan menggunakan beberapa cara untuk menipu Adsense. Antaranya mengklik iklan di dalam website dan blognya sendiri atau menggunakan satu software dimana program akan disetting untuk mengklik iklan-iklan mereka sendiri atau meletakkan website. Ada juga yang meletak alamat blog di "autosurf" dimana pengunjung website atau blog dibeli sehingga beribu-ribu sehari. Google memang pantang dengan perkara ini, biasanya akaun akan dibanned dalam masa tidak sampai 24 jam. Cara ini jugalah digunakan untuk mensabotaj akaun Adsense pesaing-pesaing.


Blog ini juga pernah disabotaj beberapa tahun yang lalu dengan beribu2 klik sehari, namun dapat diselamatkan apabila aku dapat mengesan dan segera laporkan aktiviti itu kepada Google. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku juga telah membuang semua iklan adsense di blog ini. Kali ini tidak dapat diselamatkan dan aku mengesan sabotaj dikenakan ke atas satu blog aku yang pengunjungnya 100% dari Malaysia. Kadar klik iklan di blog tersebut meningkat secara mendadak.

Inilah risiko sebagai pengusaha internet, dan jika korang hanya mengharapkan satu jenis pendapatan online, tiada pendapatan online lain, korang mungkin akan terduduk masa ini. Aku lebih selesa berniaga dan berurusan dengan pelanggan dari luar negara kerana masalah dengki mendengki ni kurang kedengaran, orang luar pun mungkin tak reti nak jumpa bomoh-bomoh ni. Dan dengan alasan itu juga aku menolak mentah-mentah apabila wakil eBay Malaysia menelifon baru-baru ini meminta aku menjual barang-barang di eBay Malaysia. Aku dah dapat bayangkan risiko yang bakal aku hadapi jika aku menjual barang-barang yang selama ini aku jual di eBay USA kepada pelanggan-pelanggan di Malaysia. Begitu juga dengan Amazon dan lain-lain.

Semoga kita lebih hati-hati dalam melindung pendapatan online kita dimasa akan datang. Selamat membuat duit online.

copyright http://kaya2u.blogspot.com

Buat Duit Online - Jutawan Domain Segera

Buat Duit Online - Jutawan Domain Segera

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri.. lagi 10 hari nak raya.. ada yang gembira, ada yang sedih nak tinggalkan Ramadhan bulan penuh barkah.

Kali ni aku nak kongsikan bagaimana mudahnya menjadi jutawan online dengan menjual domain. Korang tau ke domain tu apa.. ada yang tak tahu lagi tu.. biar aku terang sikit, domain tu adalah alamat website..  contoh domain yang popular kat Malaysia ni mudah.com, maybank2u.com, maxis.com, facebook.com dan lain-lain. Selain dot com, ada juga guna dot my, dot org, dot net dan lain-lain. Kita semua boleh memiliki domain dan harganya tidak lah semahal mana. Namun potensi yang ada pada domain ni cukup besar.

Cuba bayangkan 10 tahun lepas korang ada beli domain facebook.com. Masa tu facebook belum wujud lagi. Agak2 berapa tokey facebook nak offer beli korang punya domain tu bila dia terpikir nak guna nama facebook tu?Atau pun 5 tahun dulu korang terbeli website iPhone.com / iPad.com.. masa tu iPhone dgn iPad pon orang tak kenal lagi... agak2 Steve Jobs tokey Apple tu nak offer berapa juta nak beli domain korang tu..?

Domain menjadi mahal bila ia unik, mudah sebut, dan mudah diingat pengunjung atau pun nama-nama khas, nama syarikat, nama orang atau nama produk. Lihat contoh di bawah bagaimana seorang menjual domain 6 perkataan (phenom.com) di eBay dengan harga 21 juta USD.


21 juta USD lebih kurang RM 60 juta. Boleh mandi duit dah tu..

Nak beli domain tidak susah. Semua boleh dibuat secara online. Antara penjual domain yang popular ialah Go Daddy.. korang boleh beli domain dari dorang dengan harga hanya 7 USD lebih kurang RM20. (klik banner bawah untuk ke Go Daddy.

$7.49 .COM Domains at GoDaddy.com 436x180

Aku ada beli beberapa domain dengan Godaddy. setakat ni tidak mengecewakan. Apabila korang ada domain, korang perlu renew setiap tahun dengan bayaran lebih kurang harga beli domain tu.

Banyak lagi cara buat duit dengan domain selain menjualnya terus. Contohnya parking website, adsense, affiliate dan lain2. Ada masa lain kali aku kongsikan. Mungkin lepas ni korang bole fikir2kan apa agak2 domain yang akan popular 5 tahun akan datang. Mungkin ada rezki jadi jutawan segera.

Selamat berpuasa dan selamat membuat duit online.

copyright 2011 http://kaya2u.blogspot.com Buat Duit Online - Jutawan Domain Segera

Buat Duit Online Dengan CPAlead

Buat Duit Online Dengan CPAlead - Post yang lepas aku ada share pasal Buat Duit Online Dengan CPAlead. Kali ni aku nak sharekan bukti pendapatan daripada CPAlead ni. Sila tengok gambar di bawah.




USD $ 106 sahaja.. memang la tak banyak.. nak bandingkan dengan pendapatan-pendapatan online aku yang lain memang tidak seberapa.. tapi ini membuktikan memang CPAlead ada membuat bayaran, dan kos yang dikeluarkan adalah sifar.


Jika usaha dilipat gandakan, pendapatan melalui CPAlead ini juga dapat dilipat gandakan dan tidak mustahil juga dapat menjadi pendapatan lumayan setiap bulan. Ramai yang telah berjaya mendapat 4 5 angka sebulan dengan CPAlead ini.


Pos sebelum ini aku ada tunjukkan serba sedikit cara buat duit online dengan CPAlead ni, panduan percuma pon aku ada bagi... korang boleh selak-selak pos lama atau klik sini



Selamat membuat duit online


copyright http://kaya2u.blogspot.com

Buat Duit Online Dengan Paypal

Buat Duit Online Dengan Paypal

Bila orang tanya aku macamana nak buat duit online dengan Paypal. Aku mula menggaru kepala yang tak gatal ni. Sebenarnya paypal bukan lah sumber untuk buat duit online. Dia ni macam alat jer untuk korang menerima duit, membayar duit dan mentransferkan duit ke dalam akaun bank korang.

Contohnya tengok kat atas tu aku withdraw $460 USD dollar ke dalam akaun bank aku. Bila dah convert dalam ringgit dapatlah RM1340.  Paypal ni hanyalah menjadi bank kepada kita untuk berurusniaga online, dan majaroti website seluruh dunia menerima pembayaran menggunakan Paypal ni. kat Malaysia ni.. nampak macam baru nak bertapak tak menyeluruh lagi penggunaan paypal ni.

Macamana nak register Paypal ni? Korang mesti ada kad kredit atau sekurang-kurangnya kad debit yang korang boleh link dengan akaun Paypal korang ni. Memang penting Paypal ni, kalau takder susah jugak korang nak buat duit online sebab banyak kompeni antarabangsa membayar komisyen, untung korang menggunakan Paypal.

Bila dah ada Paypal ni, korang juga boleh shopping online di mana-mana website seluruh dunia. Korang akan teruja bila tahu harga yang dijual di luar sana jauh lebih murah berbanding Malaysia. Memang cekik darah peniaga-peniaga kat Malaysia ni. semua nak kaya cepat, untung melampau-lampau.

Kepada yang berminat berniaga juga, boleh beli barang-barang dari luar negara dengan harga murah dan jual di Malaysia, kalau dulu kita kena pergi sana, sekarang dengan online dan Paypal ni urusan menjadi lebih mudah. Tapi hati-hati la. Bukan semua yang menjual tu jujur, cuma yang best dengan Paypal ni, setiap belian korang di lindung oleh insurans, sekiranya korang ditipu, Paypal akan membayar semula duit yang korang bayar tu sepenuhnya.

Yang takder akaun paypal tu boleh lah register sekarang, percuma sahaja. 

copyright http://kaya2u.blogspot.com

Buat Duit Online Dengan Squidoo

Buat Duit Online Dengan Squidoo

Squidoo adalah cara paling mudah nak buat duit online tanpa satu sen modal pun korang kena keluar. Tak percaya? Lihat screen shot di bawah, bayaran daripada Squidoo ke Paypal aku bulan ni sebanyak USD$71, tu lebih kurang RM210 ikut rate sekarang. Apa yang best squidoo ni, nak buat cukup senang, tak sampai sepuluh minit korang boleh buat satu lens yang lengkap.

Kepada yang tak pernah dengar Squidoo ni, aku terangkan sikit, page-page yang dibuat melalui Squidoo akan dipanggil lens. Squidoo akan membuat bayaran kepada korang berdasarkan iklan pada lens-lens tu yang diklik pengunjung seperti Adsense, Chitika, atau pun komisyen bila ada orang beli barang-barang yang diletakkan dalam lens korang, termasuklah barang Amazon, eBay dan lain-lain.


Walaupun Squidoo ni bukanlah sumber pendapatan buat duit online aku yang utama, tapi duit Squidoo yang dibayar tiap-tiap bulan memang sedap. Biasanya aku menghabiskan untuk shopping online juga. Duit mudah, nak abiskan pun mudah lah. Squidoo ni kadang-kadang aku tinggal jer beberapa bulan, tapi income tetap masuk. Pasif income yang mudah la tu.

Korang juga boleh promote website korang kalau ada, promote barang-barang korang sendiri atau letakkan link-link affiliate di dalam lens Squidoo dan income korang juga akan bertambah tanpa mengharapkan bayaran daripada Squidoo semata-mata.

Aku ada banyak post pasal squidoo sebelum ni, korang boleh selak-selak page lama. Kalau nak try.. korang boleh register di www.squidoo.com dan mula buat duit online. Tak payah modal, cukup senang.. budak darjah 6 Melur pun boleh buat ^-^ .

Kepada yang masih tak percaya boleh buat duit mudah dengan online ni.. Lu pikirlah sendiri.. ^-^ pinjam kata-kata Nabil.. Selamat membuat duit online.

copyright http://kaya2u.blogspot.com

Buat Duit Online Dengan CPALead

Buat Duit Online Dengan CPALead

Korang pernah dengar ke CPALead ni? Klau tak pernah dengar mari kita dengar bersama-sama. Kali ni aku nak kongsikan bagaimana korang boleh membuat duit online secara percuma dan automatik dengan CPALead ni.

Apa tu CPALead? CPALead ni adalah satu kompeni affiliate antarabangsa yang menawarkan ganjaran setiap kali korang berjaya membawa pengunjung ke iklan diorang. CPA adalah singkatan Cost Per Action kalau bahasa Melayunya lebih kurang bayaran setiap tindakan. CPALead ni mensyaratkan korang beri pengunjung korang "sesuatu".. setelah selesai menyempurnakan iklan mereka.

Macamana tu? Bahasa mudahnya.. misalnya korang ada video, lagu, gambar atau ebook atau apa-apa fail yang sesuai untuk korang kongsikan kepada orang lain. Korang uploadkan fail yang korang nak kongsi tersebut ke website korang, masukkan code CPALead pada page download tersebut, setiap pengunjung yang tiba ke page download korang akan disuruh menjawab soalan/menyempurnakan survey yang ditentukan oleh CPALead sebelum mereka dibenarkan untuk mendownload fail tersebut. dan yang paling best.. korang akan dibayar $1 USD hingga $4 USD untuk satu-satu survey/soalan yang berjaya dilengkapkan oleh pengunjung tersebut. Pengunjung tu juga gembira mendapat video, lagu, gambar atau ebook yang korang telah janjikan.(kalau tak bagi, satu kesalahan besar, fail lucah juga adalah merupakan satu kesalahan - anda boleh dibanned oleh CPALead serta merta))

Tugas seterusnya ialah mencari traffic ke link download anda... Anda boleh promote di Facebook, Forum2, blog, email dan lain-lain.

Syarat CPALead ialah korang mesti ada website. Blog2 diorang tak nak. Jadi sebelum register tu pastikan korang ada website dahulu. Kalau takder website.. awal-awal dorang dah reject dah permohonan korang. Kalau cukup syarat korang boleh register percuma menggunakan link ini ---> register CPALead

Boleh kaya ker dengan CPALead ni? Ni yang paling penting, kalau tak boleh kaya, aku pun malas nak cerita, bawah ni adalah bukti income dengan CPALead.


Bukan aku punya tu.. tu dah tahap dewa.. sampai 80k USD sebulan! Duit Malaysia lebih kurang suku juta sebulan.. 4 bulan dah jutawan...! Ni bukan aku reka.. kalau korang pegi forum dia memang korang akan jumpa bukti2 pendapatan seperti ini, yang lebih banyak pun ada. Kalau permulaan ni korang dapat 1% daripada tu pun dah ok.

Ok lah. Aku pun ada sediakan laporan ringkas percuma bagaimana buat duit dengan CPALead ni... kalau korang berminat nak download.. Sila klik sini.



copyright kaya2u.blogspot.com buat duit online

Buat Duit Online Dengan eBay Tanpa Modal Tanpa Barang

Buat Duit Online Dengan eBay Tanpa Modal Tanpa Barang. Aku dah banyak buat post pasal buat duit online dengan eBay nih. Setakat ni income yang aku terima dari eBay agak lazat. Walaupun takder la banyak sangat, tapi menarik juga la. Korang juga boleh mencuba buat duit online dengan eBay ni.

eBay ni biasalah, siapa tak kenal, tempat orang membeli dan menjual barang, klau kat KL orang kata shopping kompleks Sogo atau Midvalley dah cukup besar, eBay ni lg besar, dengan pengunjung yang berjuta-juta sehari, dan nilai jual beli yang berbilion. Bezanya urusniaga melalui online, jika kita nak beli barang, kita hanya melihat gambar, jika minat, bayar.. dan barang akan dipos kepada kita. Macam tu jugha kalau penjual ebay, customer minat, dia beli, bayar.. kita akan pos barang kepada mereka. Mungkin ada yang mengatakan susah nak post barang, leceh nak membalut barang, modal takde.. Semua tu dapat diatasi jika korang gunakan syarikat dropship.

Aku telah beberapa tahun menggunakan khidmat syarikat dropship, dan hasilnya agak memberangsangkan, lihat screen shoot di bawah, jualan dalam masa dua bulan terkini lebih RM17k. Semuanya dihasilkan tanpa modal, tanpa aku simpan barang, tanpa aku pergi ke pejabat pos untuk mengepos barang.

Macamana cara syarikat dropship berfungsi? Cukup senang, korang register eBay, lepas tu, cari kompeni yang offer dropship, amek gambar dan description dorg, letak dalam listing korang.. Apabila dah ada orang beli, dia akan bayar melalui paypal korang, duit dah ada dalam tangan korang, pegi ke company tu, order barang yang telah dibeli, masukkan alamat customer dan kompeni tu akan hantar barang terus ke customer korang. Senang? Memang senang, klau aku boleh dapat RM17k dalam masa dua bulan, korang boleh dapat lebih dari tu.

Tapi kena ingat, bukan semua kompeni dropship boleh percaya, ada yang langsung tidak hantar barang, kelepet duit korang. Jadi hati-hati menggunakan kompeni dropship. Aku sekarang ni gunakan khidmat dropship oleh hotmerch.net dan setakat ni kompeni ni tidak pernah gagal menghantar barang kepada customer aku dan boleh diharap.

Selamat membuat duit online

copyright http://kaya2u.blogspot.com buat duit online

Buat Duit Online Dengan Facebook Tanpa Modal

Buat Duit Online Dengan Facebook Tanpa Modal - Facebook makin popular sekarang ni, tak macam zaman aku mula-mula join facebook ni, tak popular lagi kat Malaysia, sekarang ni bole dikatakan tiap-tiap hari orang bukak facebook, tanpa facebook.. tak lengkap la hidup gamaknya. Tu la hebatnya penangan facebook, sebenarnya ramai lagi company offer social service macam facebook, dan lagi tua dari facebook.. ada nama yang korang tak pernah dengar rasanya macam digg, stumble, mister wong dll...


Memandangkan facebook ni ramai pengikut, ada yang mula berjinak-jinak menjual barang secara online di facebook. Ada yang promosi dengan mengupload gambar barang. Habis semua kawan-kawan dan tak berapa kawan pun dia tag gambar, agak mengganggu juga, apabila setiap komen atas gambar itu akan turut terpapar dalam wall facebook kita. Walaupun tu salah satu teknik promosi, tapi kalau kena sumpah seranah orang buat apa... Silap-silap kena remove friend. Berniaga online, sama juga berniaga offline, ada etika yang perlu kita ikut, jangan main redah jer... Kalau kat tempat lain, kita dah kena dianggap sebagai spammer dan akaun kita akan ditamatkan tanpa belas kasihan.. Aku tak tahu samada facebook akan buat begitu juga..

Banyak juga yang menggunakan facebook sebagai platform skim cepat kaya. Macam-macam cara, cari sepuluh ahli, ahli cari sepuluh kaki, kaki cari kaki, sorang bayar berapa ratus, duit beranak pinak... tunggu duit masuk, jutawan segera... yang bezanya promosi mencari mangsa di facebook... itu lah yang di war-warkan oleh tokey skim ini sebagai buat duit online dengan facebook... macam-macam cara orang nak menipu.. masalah ramai pulak yang termakan racun.. nak kaya cepat dan mudah la katakan... hehe...

Macamana cara betul buat duit dengan facebook..? Banyak cara buat duit dengan facebook ni.. Salah satunya.. dengan cara membuat fanpage... Apa tu fanpage..? Ni macam laman/page untuk orang-orang yang mempunyai minat yang sama... Apabila pengguna joint/like fanpage tu, semua aktiviti atau post yang kita update dalam page tu, mereka akan terima dalam wall masing-masing... Mesti korang pun banyak dah join fanpage orang lain, sekarang boleh cuba buat fanpage sendiri.... Contoh fanpage kaya2u... sila la joint.. baru idup tu.. x berapa ramai orang lagi..  ---> Kaya2u - Buat Duit Online Facebook Page

Macamana nak buat fanpage? Senang jer.. Boleh siap tak sampai 5 minit. Nanti aku kasi kongsi.. dalam post akan datang... masa da time ni...

Selamat membuat duit online

copyright 2011 kaya2u - buat duit online

Buat Duit Online dan hadiah Santa Claus

Buat Duit Online dan hadiah Santa Claus - Lama plak aku tak update blog ni, agak sebok musim-musim perayaan ni, orang lain sebok beraya.. sebagai penjual online, kita pun sebok la menjual barang, membungkus barang, mengepos barang, mengupdate website dan mengutip duit.. heheh...


Siapa tak kenal Santa Claus? Santa Claus adalah satu dongeng yang sangat popular bila tiba hari Krismes. Santa diceritakan akan memberi hadiah pada malam raya Krismes kepada budak-budak yang berperangai baik. Watak Santa ni wujud sejak beratus-ratus tahun lampau dan sejak beberapa ratus tahun lampau setiap kali menjelang Krismes, ramai la anak2 mat saleh kena kencing tipu dengan mak bapak dorang mengatakan Santa akan bagi hadiah...Padahal mak bapak dia yang beli hadiah untuk anak mereka... meletakkan secara sembunyi2 dan mengatakan Santa yang bagi... dan tak lupa juga budaya omputeh apabila menjelang Krismes ni ialah bertukar-tukar hadiah sesama mereka...

Jadi dalam kesebokkan penduduk dunia mencari hadiah... kita perlu la bijak mengambil kesempatan menjual barang-barang yang bersesuaian... yang pasti penjualan barang samada fizikal secara fizikal atau secara online akan meningkat setiap kali tiba musim perayaan ini.

Aku pun kena la tempias sikit-sikit... Berikut adalah jualan aku di eBay dalam tempoh dua bulan sebelum hari Krismes baru-baru ini.



Hampir RM 18 ribu untuk tempoh 2 bulan (60 hari).. ini hanya untuk satu akaun eBay, dan tak termasuk jualan dari website-website lain seangkatan eBay, jualan dari website sendiri, komisyen dari program-program affiliate, iklan dan sebagainya... Banyak ker.. Aku tau ramai lagi pengusaha-pengusaha bisnes online dapat lebih banyak dari ini.

Bukan nak menunjuk atau membangga diri, riak sikit jer... sekurang-kurangnya dapat membuka mata mereka yang masih menganggap bila buat duit online ni... tak cukup duit untuk makan... hanya mampu makan pasir berlaukkan kicap masin dan hanya mampu berpakaian yang dibuat daripada surat khabar..

Ramai yang telah hidup senang dengan buat duit online... bekerja dari rumah dengan hanya berkain pelekat di depan laptop... tanpa perlu memakai tali leher ke pejabat, mendengar leteran bos-bos di pejabat atau berebut-rebut memijak rakan sekerja untuk naik pangkat...

9 daripada 10 punca rezki adalah melalui perniagaan dan 9 daripada 10 perniagaan yang berjaya adalah melalui online. Perlu ingat.. kerja adalah untuk kita hidup, bukannya hidup kita yang indah dihabiskan semata-mata untuk kerja.. moga korang dapat berfikir di luar kotak dan terus bersemangat untuk buat duit online pada tahun 2011.Untuk korang yang bercadang untuk berenti kerja makan gaji dan menjadikan kerjaya buat duit online sebagai full time, 2011 adalah tahun terbaik korang berbuat demikian. Selamat membuat duit online.

copyright 2011 -  buat duit online

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Popular Posts


buat duit online bookmarks Social Bookmarking
Add to: Mr. Wong Add to: Webnews Add to: Icio Add to: Oneview Add to: Linkarena Add to: Newskick Add to: Seekxl Add to: Favit Add to: Social Bookmarking Tool Add to: BoniTrust Add to: Power Oldie Add to: Newsider Add to: Linksilo Add to: Readster Add to: Folkd Add to: Yigg Add to: Digg Add to: Del.icio.us Add to: Reddit Add to: Simpy Add to: StumbleUpon Add to: Slashdot Add to: Netscape Add to: Furl Add to: Yahoo Add to: Spurl Add to: Google Add to: Blinklist Add to: Blogmarks Add to: Diigo Add to: Technorati Add to: Newsvine Add to: Blinkbits Add to: Ma.Gnolia Add to: Smarking Add to: Netvouz Information


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2011 kaya2u.blogspot.com - buat duit online