Buat Duit Online - 70% Program Affiliate Malaysia Adalah Penipu

Buat Duit Online - 70% Program Affiliate Malaysia Adalah Penipu.

Aku sebenarnya dah lama nak dedahkan benda ni.. tapi aku tahan diri.. aku bagi peluang kepada sifu-sifu buat duit online kat Malaysia ni membetulkan situasi... Dorang nak bisnes.. Affiliate adalah satu program mudah membuat duit online di internet... korang tolong promosi barang orang... kalau ada orang beli.. korang dapat duit...

Pembuat-pembuat ebook menggunakan program affiliate ni bagi peluang bisnes kat agen-agen yang memasarkan produk mereka... tapi amat malang bila dorang tak jujur.. tidak membayar komisyen yang sepatutnya dibayar... aku fikir benda ini tidak patut dibiarkan... Sifu-sifu ni dah menjadi kaya raya hasil penipuan yang makin berleluasa ni... Kebanyakan yang tertipu adalah orang-orang baru yang nak mencebur diri dalam bisnes buat duit online ini.



Tujuan utama affiliate ini diwujudkan ialah untuk menjimatkan kos promosi penjual barang/ebook.. orang lain buat kerja untuk dia.. dan dia bayar komisyen apabila agen berjaya membuat jualan.. Jadi kos promosi dia adalah kosong... percuma... sesen pun tak bayar... Hanya upah tukang pasang program affiliate tu... Dia juga mendapat backlink percuma daripada blog-blog yang meletakkan link dorang...

Program affiliate Malaysia ni memang mudah sangat ditipu.. Affiliate Malaysia tak macam affiliate kat luar negara.. Dorang ada syarikat macam cj.com, clickbank, shareasale dan lain-lain yang mengumpulkan semua affiliate dan agen bawah satu bumbung.. jadi apa2 aktiviti di kawal oleh orang tengah yang bebas.... kat Malaysia ni plak.. yang mengawal affiliate ialah orang yang mengeluarkan ebook atau software itu sendiri... jadi dia boleh bila-bila memadam rekod jualan.. rekod pengunjung dan sesuka hati tidak membayar komisyen... bawah ni salah satu contoh komisyen yang masih belum dibayar sesen pun oleh salah seorang sifu buat duit online Malaysia. Dan aku telah membuang link dan banner dia dari semua blog aku...

Memang bukan semua.. tapi kebanyakannya macam tu sekarang ni... Aku mempromosi hampir 20 produk sifu-sifu buat duit online Malaysia... Aku memberikan traffic pengunjung sehingga beratus-ratus pengunjung sebulan ke web jualan dorang.... kebanyakannya melalui link yang aku sumbatkan dalam blog ini dan blog-blog aku yang lain... Kira promosi percuma la tu untuk dorang.. Kalau dorang nak iklankan dalam Adword atau Berita Hairan online.. dengan pengunjung sebanyak macam tu.. entah berapa ratus dah dorang kena bayar tu... bawah ni salah satu affiliate yang aku bekalkan traffic percuma ke website dia...


Tak dinafikan.. Produk-produk mereka ada yang berkualiti... tapi malangnya.... sebahagian besar daripadanya tidak begitu jujur.... ramai yang telah tutup website.. tanpa maklumkan terlebih dahulu... komisyen yang sepatutnya diterima tak dibayar... kalau nak tutup pun bayar la komisyen dulu... ada yang tidak membayar langsung komisyen walaupun telah melepasi had yang patut dibayar... Aku ada juga merajinkan diri email dorg ni... bila dah tak dibayar langsung... setelah setengah tahun berlalu... tapi dorang buat tak reti.. walau dah email beberapa kali... bukan lah banyak sangat sampai aku nak menggemis merayu-rayu mintak...  Ada yang lagi teruk... yang padamkan rekod jualan sebelum ini dan menghilangkan statistik pelawat... menjadi kosong... walaupun beberapa jualan telah dibuat sebelum ini...



Aku tak akan berkompromi dengan dorang ni... Kalau tak.. lebih ramai yang akan ditipu oleh mereka ini... Jadi keputusan telah dibuat.. aku akan membuang semua iklan-iklan affiliate dari blog ini dan daripada blog-blog aku yang lain.. aku dah hilang selera nak promosi dorang punya produk... tiada lagi promosi percuma mulai sekarang untuk sifu-sifu sekalian... komisyen dorang tidak akan menjadikan aku kaya... bye-bye sifu...

Buat korang yang da jumpa affiliate Malaysia yang bagus, bayar ikut time.. khidmat pelanggan yang bagus... untung yang memuaskan... teruskan... macam aku cakap sebelum ni.. tak semua yang teruk... ramai lagi yang bagus...

Selamat membuat duit online

copyright 2010 Buat Duit Online

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Popular Posts


buat duit online bookmarks Social Bookmarking
Add to: Mr. Wong Add to: Webnews Add to: Icio Add to: Oneview Add to: Linkarena Add to: Newskick Add to: Seekxl Add to: Favit Add to: Social Bookmarking Tool Add to: BoniTrust Add to: Power Oldie Add to: Newsider Add to: Linksilo Add to: Readster Add to: Folkd Add to: Yigg Add to: Digg Add to: Del.icio.us Add to: Reddit Add to: Simpy Add to: StumbleUpon Add to: Slashdot Add to: Netscape Add to: Furl Add to: Yahoo Add to: Spurl Add to: Google Add to: Blinklist Add to: Blogmarks Add to: Diigo Add to: Technorati Add to: Newsvine Add to: Blinkbits Add to: Ma.Gnolia Add to: Smarking Add to: Netvouz Information


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2011 kaya2u.blogspot.com - buat duit online