Buat Duit Online, Alibaba dan 40 Mop Lantai

Buat Duit Online dan Alibaba.. Apa kena mengena alibaba dan mop lantai dengan buat duit online? Ni bukan alibaba dengan 40 penyamun... jangan silap baca.. Yang aku nak cerita ni pasal website alibaba.com. Mungkin ramai dah tahu... ada jugak yang tak berapa tau... website ni la salah satu sumber peniaga mencari barang-barang dengan harga murah.. bukan sajer penggiat bisnes online, yang ada kedai pun ramai yang beli dari sini.. tak kan dorang nak cerita.. habis la sumber dorang nanti... heh... Sumber barang-barang yang murah dan berkualiti memang sangat penting dalam bisnes jual menjual...

Alibaba ni diasaskan pada 1999 oleh Jack Ma berasal dari negara China.. dia kata sudah ada 50 juta pengguna seluruh dunia berdaftar di Alibaba... Daripada seluar dalam... sampai la ke lori sampah.. ada dijual di sini... Alibaba ni memang banyak pembekal barang-barang yang berkeliaran dan harga barang-barang yang memang murah... ada juga yang direct dari kilang di China... kalau nak banding harga barang kat Malaysia ni.. macam langit dengan bumi.. puak-puak kapitalis kat Malaysia ni memang pandai amek peluang... untung melampau.. Pastu berpakat plak sesama dia letak harga tinggi... Tak percaya korang tengok contoh kat bawah ni... Harga salah sebuah spin mop di alibaba... USD 6.85 (lebih kurang RM20)



Tengok plak kat bawah ni harga barang yang sama yang dijual secara online kat Malaysia.. Ni salah satu yang aku jumpa kat website popular Malaysia... RM 99.. Satu batang mop bole untung sebanyak RM80...


Klau tengok listing kat alibaba tu minimum wajib beli ialah 556 set... Harga 1 set 6.85 USD (lebih kurang RM20).. Tak boleh beli satu jer... Jadi modal yang perlu dikeluarkan agak besar.. tak termasuk pengangkutan ke Malaysia. Cuba kita kira-kira berapa agak2 puak kapitalis tu untung jika dia berjaya menjual semua barang yang diordernya.

Secara matematik mudah... kos beli lebih kurang RM11000.... jika abis semua.. dijual pada harga RM100 satu... untung kasar RM55600.  Untung bersih dorang ialah RM44500 ... Sekali order jer tur... Macamana jika seminggu dua kali tiga kali order.. Boleh beli Proton Inspira cash... Baru mop jer tu.. Korang boleh research barang-barang lain...

Siapa kata susah cari duit... Ulat dalam laptop pun boleh hidup...

Kita dapat lihat bagaimana puak-puak kapitalis di Malaysia ini meraih untung berlebihan berlipat ganda... menyedut duit kita... sebagai pengguna.... tu yang gaji asyik tak cukup jer... dan bagaimana juga kita boleh menjadi kaya jika berfikiran seperti puak-puak kapitalis tu...

Dan sedikit peringatan... di Alibaba ramai penipu... dan ramai yang dah tertipu... jadi hati-hati berurus niaga di sana.. jangan main beli jer.. kaji dulu penjual tu macamana... boleh percaya ke tak.... tak pasal-pasal bayar ribu-ribu.. barang tak sampai-sampai... dan tanya betol2 kos-kos lain.. transport, cukai import dan lain-lain... selain Alibaba.. banyak juga sumber yang boleh dipercayai dan menawarkan harga lebih murah.... Rajin-rajinlah mencari...

Selamat membuat duit online..

copyright 2010 - buat duit online

Buat Duit Online - Duit Raya daripada Squidoo

Buat Duit Online - Duit Raya daripada Squidoo

Lama jugak aku tak update pasal income squidoo ni.. Dah nak raya ni... Dapat lak duit raya dari squidoo ni... Walaupun tak sebanyak macam sumber-sumber pendapatan buat duit online yang lain.. Squidoo ni masih lagi jadi sumber income buat duit online pasif aku setiap bulan.. Pasif tu bukanlah maksudnya tekan-tekan tinggal.. Korang kena gak update.. promote...


Klau tengok graf kat bawah tu.. banyak jugak duit Squidoo yang aku dah sedut rupanya... Angka tu hanyalah angka income direct dari squidoo... dalam USD.. kira sendiri la.. belom lagi ditambah dengan income-income lain yang aku sumbatkan dalam lens Squidoo aku tu... macam Affiliate, eBay, Adsense, Clickbank dan sebagainya.. Squidoo ni tak pernah gagal membayar setiap bulan.. Sepanjang lebih 4 tahun aku join benda ni... Uiks.. lama gak tu.. 4 tahun dah...


Kalau yang tak tahu apa itu Squidoo.. bole selak post-post lama aku dalam blog ni.. Dulu aku ada open register ikut link aku.. dekat dua tiga ratus jugak yang register.. tapi yang aku tengok aktif hanya la sorang dua.. Dan aku berjaya la dapat $5 sorang.. daripada mereka yang berjaya mendapat $5 pertama dengan Squidoo... Yang lain aku ingat sekadar seronok register sajer... Tak buat apa-apa... Tak buat apa-apa nak dapat duit macamana...? Dan yang tak best lagi Squidoo tuduh aku spam dia punya website... Sampai ada lens aku yang kena banned... Hapara... kali ni aku dah buang link-link aku.. boleh la pergi ke squidoo.com untuk register.

Ok.. setakat ni dulu.. bulan pose ni tak leh cakap banyak2.. nanti terbukak pose plak... nanti terngumpat terkutuk orang plak.. Selamat berpuasa dan selamat membuat duit online

copyright 2010 buat duit online

Buat Duit Online - 70% Program Affiliate Malaysia Adalah Penipu

Buat Duit Online - 70% Program Affiliate Malaysia Adalah Penipu.

Aku sebenarnya dah lama nak dedahkan benda ni.. tapi aku tahan diri.. aku bagi peluang kepada sifu-sifu buat duit online kat Malaysia ni membetulkan situasi... Dorang nak bisnes.. Affiliate adalah satu program mudah membuat duit online di internet... korang tolong promosi barang orang... kalau ada orang beli.. korang dapat duit...

Pembuat-pembuat ebook menggunakan program affiliate ni bagi peluang bisnes kat agen-agen yang memasarkan produk mereka... tapi amat malang bila dorang tak jujur.. tidak membayar komisyen yang sepatutnya dibayar... aku fikir benda ini tidak patut dibiarkan... Sifu-sifu ni dah menjadi kaya raya hasil penipuan yang makin berleluasa ni... Kebanyakan yang tertipu adalah orang-orang baru yang nak mencebur diri dalam bisnes buat duit online ini.



Tujuan utama affiliate ini diwujudkan ialah untuk menjimatkan kos promosi penjual barang/ebook.. orang lain buat kerja untuk dia.. dan dia bayar komisyen apabila agen berjaya membuat jualan.. Jadi kos promosi dia adalah kosong... percuma... sesen pun tak bayar... Hanya upah tukang pasang program affiliate tu... Dia juga mendapat backlink percuma daripada blog-blog yang meletakkan link dorang...

Program affiliate Malaysia ni memang mudah sangat ditipu.. Affiliate Malaysia tak macam affiliate kat luar negara.. Dorang ada syarikat macam cj.com, clickbank, shareasale dan lain-lain yang mengumpulkan semua affiliate dan agen bawah satu bumbung.. jadi apa2 aktiviti di kawal oleh orang tengah yang bebas.... kat Malaysia ni plak.. yang mengawal affiliate ialah orang yang mengeluarkan ebook atau software itu sendiri... jadi dia boleh bila-bila memadam rekod jualan.. rekod pengunjung dan sesuka hati tidak membayar komisyen... bawah ni salah satu contoh komisyen yang masih belum dibayar sesen pun oleh salah seorang sifu buat duit online Malaysia. Dan aku telah membuang link dan banner dia dari semua blog aku...

Memang bukan semua.. tapi kebanyakannya macam tu sekarang ni... Aku mempromosi hampir 20 produk sifu-sifu buat duit online Malaysia... Aku memberikan traffic pengunjung sehingga beratus-ratus pengunjung sebulan ke web jualan dorang.... kebanyakannya melalui link yang aku sumbatkan dalam blog ini dan blog-blog aku yang lain... Kira promosi percuma la tu untuk dorang.. Kalau dorang nak iklankan dalam Adword atau Berita Hairan online.. dengan pengunjung sebanyak macam tu.. entah berapa ratus dah dorang kena bayar tu... bawah ni salah satu affiliate yang aku bekalkan traffic percuma ke website dia...


Tak dinafikan.. Produk-produk mereka ada yang berkualiti... tapi malangnya.... sebahagian besar daripadanya tidak begitu jujur.... ramai yang telah tutup website.. tanpa maklumkan terlebih dahulu... komisyen yang sepatutnya diterima tak dibayar... kalau nak tutup pun bayar la komisyen dulu... ada yang tidak membayar langsung komisyen walaupun telah melepasi had yang patut dibayar... Aku ada juga merajinkan diri email dorg ni... bila dah tak dibayar langsung... setelah setengah tahun berlalu... tapi dorang buat tak reti.. walau dah email beberapa kali... bukan lah banyak sangat sampai aku nak menggemis merayu-rayu mintak...  Ada yang lagi teruk... yang padamkan rekod jualan sebelum ini dan menghilangkan statistik pelawat... menjadi kosong... walaupun beberapa jualan telah dibuat sebelum ini...



Aku tak akan berkompromi dengan dorang ni... Kalau tak.. lebih ramai yang akan ditipu oleh mereka ini... Jadi keputusan telah dibuat.. aku akan membuang semua iklan-iklan affiliate dari blog ini dan daripada blog-blog aku yang lain.. aku dah hilang selera nak promosi dorang punya produk... tiada lagi promosi percuma mulai sekarang untuk sifu-sifu sekalian... komisyen dorang tidak akan menjadikan aku kaya... bye-bye sifu...

Buat korang yang da jumpa affiliate Malaysia yang bagus, bayar ikut time.. khidmat pelanggan yang bagus... untung yang memuaskan... teruskan... macam aku cakap sebelum ni.. tak semua yang teruk... ramai lagi yang bagus...

Selamat membuat duit online

copyright 2010 Buat Duit Online

Buat Duit Online Dengan Amazon

Buat Duit Online Dengan Amazon.

Salam buat duit online buat pembaca blog nih.. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan aku. Post kali ni aku nak kongsikan satu program buat duit online yang agak menarik dan mudah. Tanpa modal... Percuma... dan korang tak payah buat loan bank rakyat atau cari orang untuk masuk bawah kaki korang nak join benda ni..

Kalau korang pernah dengar Amazon atau pernah pergi ke website amazon.com mesti korang da kenal dengan benda nih. Amazon ni wujud semenjak 1994 dan pengasasnya ialah Jeff Bezos. Nak kata kaya memang lah kaya mamat ni.. dia punya kekayaan sekarang ni USD 12.3 billion.. umor dia sekarang baru 46 tahun...

buat-duit-online-amazon
Amazon ni tempat orang jual beli barang... adik beradik eBay la ni... Tapi yang aku nak cerita ni bukan untuk jual atau beli barang kat situ.. Kalau korang ada barang yang best untuk dijual di Amazon.. boleh la register sebagai seller kat Amazon...

Tapi yang aku nak cerita ni Amazon punya program affiliate.. Amazon Associates. Caranya.. lebih kurang macam.. korang promote produk amazon kat blog korang.. kalau ada orang beli.. Amazon akan bayar komisyen... Tak payah sebok2 nak pos barang.. atau melayan customer.. bayaran akan dibuat melalui cek atas nama korang bila dah cukup USD100...

Bayaran komisyen yang diberi sebanyak 4%-15% mengikut jenis barang.. Klau barang yang korang jual berharga USD 20.. 4% tu dapat la... USD 0.80.. tukar duit Malaysia.. dalam RM 2.50.. satu barang.. klau dapat jual banyak barang sehari... atau barang tu harga lagi mahal.. lagi banyak la korang dapat... kira la sendiri...

Amazon Associates ni program affiliate luar negara yang paling senang approve.. jadi gunakan la sebaik mungkin... Program2 affiliate lain memang susah nak approve... dorang nak tengok traffic website, umor website, website cantik ke tak... dan sebagainya... Banyak juga yang tak terima orang Malaysia...

Macam mana nak mula...? Daftar di https://affiliate-program.amazon.com.. Kat website dia tu.. dia ada bagi banyak bahan-bahan promosi.. banner atau widget... pilih produk mana yang sesuai... yang korang nak jual... dan sesuai dengan kandungan blog korang... dapatkan code untuk banner dan widget... letakkan di blog atau website korang... promote... siap...

Tak semestinya website berbayar... Blog percuma pun boleh... Sebaiknya.. blog korang mesti lah blog omputeh... Kenapa? Orang Malaysia ni kurang sikit budaya membeli belah di internet.. jadi kebarangkalian terjual tu amat kurang.. Tak macam Mat Saleh... Nak beli sepender kicap pun order di internet... Orang Malaysia sanggup isi minyak kereta 50 ringgit semata-mata nak beli sos cili di supermarket yang lebih kurang 50 km jauhnya... Nak salahkan dorang pun tak boleh.... Perkembangan jual beli melalui internet di Malaysia ni agak perlahan berbanding negara maju...

Contoh banner Amazon yang korang boleh letak di blog korang... bila pengunjung klik banner yang korang letak kat blog korang... dan dorang beli... komisyen akan masuk secara automatik..

buat-duit-online-amazon

Soalan yang biasa orang tanya.. boleh buat duit ker benda nih... Jawapan yang biasa aku ulang.... banyak peluang buat duit online yang ada... Korang boleh mencuba mana yang sesuai dan berkesan dengan korang... Aku da lama daftar dengan benda ni.. sejak 5 tahun lepas... tapi tak aktif sebab terlampau banyak tido projek dan kekangan masa yang kronik... hingga lah baru beberapa bulan ni aku mula balik... bawah ni pendapatan terkini yang aku terima dengan hanya mempromosi beberapa produk Amazon di blog aku... Produk apa... tak leh la bagitau.. nanti korang potong line aku plak... :-)

buat-duit-online-amazon

Berminat nak mencuba..? Daftar dan bertindak hari ini juga... Klau tak tau nak buat blog boleh refer post-post lama aku di blog ni.. Klau nak try program-program buat duit online yang lain... bole refer gak post-post lama... Selamat membuat duit online

copyright 2010 Blog Buat Duit Online

Buat Duit Online - Bagaimana Membeli dan Memasang Sendiri Website

Buat Duit Online - Bagaimana Membeli dan Memasang Sendiri Website
Mesti korang teringin ada website sendiri... macam www.halimahjongang.com... Mesti best.. bole menunjuk kat orang kampung.. berlagak dengan kawan2... oit.. bukan tu tujuan utama... yang penting kita dapat buat duit online dengan lebih banyak apabila ada website sendiri... Website boleh diumpamakan seperti kedai.. Kredibiliti kita akan lebih bila kita ada website sendiri... Peringatan sikit.. Jangan tertipu dengan kaki botol tipu yang jual sub-domain tapi mengaku domain... Sub-domain adalah percuma.. apabila korang dah ada domain... korang boleh mencipta seberapa banyak sub-domain yang korang nak secara percuma.. Subdomain seperti www.halimahjongang.com/mimah atau www.timah.halimahjongang.com

Tapi macamana nak buat? Ada yang kenakan upah beratus2 hingga beribu2 ringgit kalau nak setup website ni... Apa kata korang cuba buat sendiri... Orang putih kata.. trial and error... Nampak macam susah... tapi tak susah mana pun... Post kali ni aku tunjukkan cara paling senang korang boleh beli dan pasang website sendiri.. Dengan tangan dan kaki korang sendiri...

1. Beli domain

Mana nak beli? Tempat yang popular beli domain ialah godaddy.com.. Kos satu domain hanya USD1.99 (RM6.50) untuk tahun pertama.. . Pilih domain yang korang minat... tengok ada orang dah beli tak.. kalau dah berpunya.. cari lagi sampai dapat.. dan teruskan proses beli.. sehingga selesai. Pembayaran boleh dibuat melalui Paypal, Credit Card atau Debit Card. Domain perlu direnew setiap tahun..

2. Register Hosting

Dah ada domain.. mesti ada hosting.. www.hostgator.com adalah syarikat webhost paling popular.. dan takder masalah lembab ke offline ker.. Gi sana.. register.. pakej paling murah USD 4.95 (RM15) sebulan.. Pilih pakej yang sesuai... Bayar gunakan Paypal, Credit Card atau Debit Card.. Hosting ni perlu bayar setiap bulan.. Ada lagi hosting yang murah.. tapi yang murah ni biasanya ada kekurangan dari segi service dan kelajuan.. Korang boleh cari sendiri... Syarikat Malaysia pun banyak... cuma aku tak jamin la klau ada kelembapan sini sana... Bole cuba.. buat permulaan...

3. Setup Domain dan Hosting

Bab ni yang ramai orang pening... Tak payah pening-pening.. tak berbaloi nak pening benda remeh macam ni... Syarikat Webhost akan beri nombor nameserver.... korang hanya perlu copy nombor tu dari hostgator contohnya dan paste ke akaun godaddy korang... Semua ada diterangkan dalam email semasa pembelian domain dan hosting...

4. Setup Website

Bab ni lagi ramai pening... Pening-pening pun berbaloi apabila korang dapat hasilkan website sendiri.. Perlu ada platform untuk korang mendesign website.. Paling senang korang guna Wordpress.. Wordpress ni adik beradik blogger.. Dia macam satu platform untuk korang design website.. dan yang paling best.. free... Setiap webhost akan bekalkan korang dengan satu link untuk korang urus website korang.. Klau hostgator dia akan bagi link c-panel untuk kita... Dalam c-panel tu ada macam-macam.. termasuklah nak tambah email, tambah subdomain dan sebagainya... Pilih install wordpress... setelah install... korang hanya perlu log-in dengan wordpress untuk mendesign dan mengedit website korang...

5. Setup Wordpress

Sekarang website korang dah diinstall dengan wordpress... Korang boleh log in dengan username dan password yang korang masukkan masa nak install wordpress kat c-panel tadi.. Wordpress ni banyak layout/tema yang boleh korang pilih dan kebanyakkannya percuma... dan juga banyak tools-tools yang best juga percuma.. Bila dah login, korang akan tiba di dashboard wordpress korang... dimana korang bole post, letak iklan, buat design... dan macam2 lagi... Itu sahaja...

Macamana.. bole ikut..? Panduan ringkas.. Klau nak cerita semua.. aku rasa 3 hari 4 malam tak habis... Korang boleh cuba dulu.. dan explore mana yang patut.. lama-lama korang akan mahir.. klau lihat kos sebenar di atas... tak sampai RM30 untuk ada website sendiri.. Berbaloikah kita membayar beratus-ratus hingga beribu-ribu kat orang jika kita boleh buat sendiri? Duit tu baik korang buat belanja makan anak bini atau awek.. Bila dah siap... Korang dah boleh mula mempromosi website korang.. untuk apa jua tujuan... nak berlagak.. nak menunjuk... atau nak buat duit online..

Tapi kalau korang rasa pening yang teramat untuk paham dan rasa perlu juga untuk membayar seseorang untuk membantu memiliki website sendiri... Korang boleh beli ebook panduan disini Panduan Bina Website

Selamat membuat duit online..


copyright - buat duit online

Buat Duit Online - dan Apabila Sifu Mempromosi Skim Cepat Kaya

Buat Duit Online - dan apabila sifu mempromosi skim cepat kaya...

Memang susah nak buat duit online di Malaysia ni.. macam-macam program yang wujud mengaku dia adalah program buat duit online sejati... padahal hanyalah skim cepat kaya atau skim piramid yang menggunakan internet sebagai tempat mencari ahli... dan mencari duit... hati-hati... jangan sampai korang terjerat masuk benda-benda mencarut mengarut macam nih...

Baru-baru ni aku terbaca satu blog sorang sifu yang mempromosikan skim cepat kaya.. sifu ni memang terkenal la di Malaysia... tapi sangat mengharukan mengecewakan apabila dia mempromosi skim cepat kaya @ skim piramid.. Sang sifu ni dengan bangganya bergambar dengan cek bernilai berbelas ribu ringgit.. bagi orang-orang yang tak biasa dengan skop buat duit online.. pasti teruja... ghairah.. tengok plak bukti income banyak yang dapat dalam sekelip mata... sifu online plak tu yang promote...

buat duit online
Korang kena ingat.. Skim cepat kaya adalah satu program terancang yang memang berniat nak sedut duit orang... Dorang akan buat pelbagai cara untuk mencapai matlamat dorang.. mesti korang pernah dengar ada sorang pengusaha skim ni ditangkap bersama-sama awek dan duit sejuta lebih kat rumah dia. Tu belom kira yang ada dalam akaun dalam dan luar negara lagi.. Dia dapat berjuta-juta ringgit hasil menyedut duit orang.. jadi setakat nak bagi sang sifu ni berbelas ribu.. apa lah dorang nak heran... dia pun tahu sifu ni popular... modal sikit.. promosi percuma seluruh Malaysia.. ramai la yang sangkut... dan bila dah banyak duit.. dah tepu... takder orang nak masuk lagi... benda ni lesap begitu sahaja... braper bulan pastu.. kuar plak program baru...

Bukan sifu ni jer jadi mangsa... aku tengok sekarang ni trend artis-artis pun ramai yang da dijebakkan... dorang dapat duit suka la... jadi bahan promosi... Artis-artis ni dibayar berpuluh-puluh ribu untuk menempel dalam satu-satu ceramah... berpusu-pusu lah orang datang degar ceramah... akhirnya... semua ilang bersama-sama duit korang... macam debu yang ditiup angin...

Cara penyangak ni bergerak sama sajer.. Klau kita lihat.. dia akan menggunakan sesuatu untuk mengaburi mata orang ramai... Letak la barang seketul dua... Supaya nampak macam real la.. Tak nampak sangat macam nak cari orang... padahal itu yang utama... Jual orang bukan jual barang....


Macamana nak kenalpasti program buat duit online tu benar2 program buat duit online.. dan bukan menipu? Ni ada beberapa perkara utama yang korang kena tengok....

  • Kebanyakan program buat duit online tidak memerlukan modal... melainkan klau korang beli panduan, ebook.. atau yang dah advance... bayar domain hosting.. promosi dan lain-lain...
  • Program asli buat duit online tak perlu cari orang..
  • Kebanyakan program buat duit online adalah dari luar negara dan syarikat-syarikat yang dah lama wujud macam Google, eBay, Amazon... ada juga dari Malaysia yang baru-baru nak belajar..
  • Bisnes buat duit online sejati... bukanlah duduk diam dapat wang... korang kena berkerja untuk dapat wang.. bukan berkerja cari orang masuk bawah downline.
  • Tak perlu gunakan artis untuk membuat promosi dalam ceramah-ceramah/bengkel-bengkel..
Aku pun dah berbuih mulut melawan anasir-anasir ni di forum-forum buat duit online di Malaysia.. Korang boleh selak.. manatau nasib tak baik terserempak dengan aku di forum-forum tuh..  Jadi hati-hatilah menggunakan duit korang... Fikir masak-masak... Jangan lepaskan walau sesen pun kepada sifu-sifu penyangak-penyagak yang bertopengkan dan membusukkan nama usahawan online sejati... Selamat menjalankan program buat duit online yang tulen...

copyright 2010 buat duit online

Buat Duit Online : Bagaimana Menjana RM1000 Sebulan Dengan Affiliate Malaysia

Buat Duit Online : Bagaimana Menjana RM1000 Sebulan Dengan Affiliate Malaysia - Best jer dengar bunyi RM1000 sebulan eh.. bagi orang lama dalam bisnes online ni dah tak heran dengan angka tu. Diorang dapat berganda-ganda sebulan dengan program affliate dalam dan luar negara. Bagi orang-orang baru mesti tak berapa tahu macamana nak buat. Blog aku ni memang ditujukan khas untuk korang yang baru dalam bisnes ni. Harap korang ambil kesempatan belajar dan jauhi penipu-penipu yang ramai kat luar tu.. Konon2 bisnes online tapi sebenarnya buat skim cepat kaya la, saham cari kaki la.. membusukkan nama program buat duit online sejati. Aku berbulu betol..

Ok, aku akan fokuskan kepada affiliate Malaysia.

Apa benda affiliate tu? Biskut ker?
Bukan biskut lar.. Ni macam korang tolong jual barang orang lain.. Kalau berjaya jual. Orang itu akan bagi komisyen pada korang.. Macam agen pemasaran..

Banyak ker dapat komisyen?
Bergantung kepada penjual, ada yang bagi RM10, RM50, RM100 untuk satu barang berjaya jual.

Barang apa?
Kebanyakannya ebook, software.. ada juga barang fizikal..

Berapa kena bayar?
Free jer.. Kalau kena bayar tu da kategori skim cepat kaya. Ko sepak je muka dia Ada juga yang wajibkan korang beli dulu produk diorang baru dia bagi jadi agen..

Macamana nak mula?
Korang pergi kat mana-mana surat penjualan (omputeh cakap sale letter) produk. Biasa diorang lepak kat forum2.. Kat bawah sekali biasa ada tulis.. mohon jadi affiliate. Klik.. Register lebih kurang.. Jangan lupa maklumat bank korang. kalau tak.. tolong free jer la.. Korang akan diberi link, banner, dan sebagainya.. untuk mempromosi.. contoh link http://jualebook.com/index.php?ref/namakorang

buat duit online

Macamana nak promosi?
Promosi banyak cara.. paling senang korang letak link korang kat signature email, forum.. atau letak kat blog korang.. contoh macam kat ruang iklan blog nih.. dan letak juga link korang pada korang punya facebook, twitter dan sebagainya.. letak ayat gempak sikit.. macam ---> aku dapat seratus semalam buat benda ni.. (letak link korang)..

Macamana dorang nak bayar?
Pembayaran korang akan dibuat pada akaun bank yang korang masuk masa daftar tu..

Boleh percaya ker?
Setakat ni masih boleh percaya.. Walaupun ada penjual yang kadang-kadang berat nak bayar.. keseluruhannya masih ok. Tapi setiap penjual akan beri korang link untuk korang periksa berapa banyak link yang orang klik, berapa jualan. Ada juga yang tiba2 menghilangkan rekod penjualan korang daripada senarai... ada yang bagi alasan spam.. kah.. kah.. Klau agen dia spam nyepam pun dia dah dapat untung jualan.. Apa alasan dia tak nak bayar... kalau jumpa penjual macam ni.. cepat-cepat buang link diorang... Walau sebesar mana pun nama diorang dalam bisnes "buat duit online" di Malaysia.. jangan bagi muka..

Berapa boleh dapat?
Bergantung kepada usaha korang. Rajin, banyak dapat, kalau malas.. nak dapat apa..

Ada apa lagi nak tambah?
Banyak program buat duit online korang boleh cuba.. yang penting bertindak.. seribu langkah bermula dengan langkah pertama..

hakcipta terpelihara 2010 buat duit online

BUAT DUIT ONLINE 2010

BUAT DUIT ONLINE 2010 - Tahun baru datang lagi... Apa azam korang tahun ini..? Nak jadi fulltime online businessman?, berenti kerja sebab tak tahan dengan bos korang.. bosan makan gaji..? nak dapat 4 angka sebulan dengan buat duit online? Aku harap semua akan jadi kenyataan.. Kalau berusaha pasti berjaya...

Cuba kita renung kata-kata bahawa 9 daripada 10 punca rezki adalah dengan berniaga.. Kita lihat pula berniaga di internet, internet adalah medium kepada perniagaan yang terbaik, perniagaan kita boleh sampai ke seluruh dunia.. tak kiralah samada korang berniaga dengan blog, website sendiri atau menumpang website orang lain.. korang boleh mencapai pasaran kepada pelanggan yang tak terbatas.. Lebih 1.5 bilion pengguna internet seluruh dunia... Tak ramai ker.. Seramai itulah prospek pelanggan kepda perniagaan korang...

buat duit online

Lihat kembali tahun 2009, macamana pencapaian bisnes online korang..? Aku senaraikan sumber pendapatan buat duit online utama aku sepanjang tahun 2009;

1. Iklan di website/blog
2. Menjual barang di internet
3. Squidoo
4. Komisyen affiliate
5. Membuat karangan

Aku rasa semua aku dah kongsi dalam blog ni. Boleh la selak2 kembali..

Berapa pendapatan buat duit online aku sepanjang 2009? Huh.. Aku harap orang LHDN tak baca blog ni.. heheh.. takder la banyak sampai aku boleh beli merc dua tiga biji... Beli sebijik cukup la.. hahah..

Cukup ker.. Mungkin ada yang mengatakan dah cukup.. pada aku memang tak cukup lagi.. usaha lebih keras perlu untuk tahun 2010..

Kita tengok antara pendapatan penggiat bisnes online dunia yang menjadi jutawan pada usia muda..

Mark Zuckerberg, 23 tahun, pengasas Facebook US$700 juta
Chad Hurley,30 tahun, pengasas Youtube US$300 juta
Blake Ross and David Hyatt, 22 tahun, pengasas Mozilla US$120 juta
Matt Mullenweg, 23 tahun, pengasas Wordpress US$40 juta
Kevin Rose,30 tahun, pengasas Digg, US$31 juta

jutawan buat duit online

Kita semua pernah dengar website yang dorang buat.. hari2 duk chat facebook, tengok youtube, mungkin korang tak tahu setiap kali korang masuk ke website tersebut, beberapa dolar mengalir ke dalam kocek dorang... Lepas ni korang boleh lah cuba kurang-kurangkan main benda-benda semua tu...

copyright buat duit online 2010

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Post Popular Buat Duit Online


buat duit online bookmarks Social Bookmarking


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 kaya2u.blogspot.com - buat duit online