Buat Duit Online Dengan Ebay

Buat Duit Online Dengan Ebay. Kali ni aku nak bercerita secara ringkas mengenai program Buat Duit Online dengan Ebay. Mungkin ramai yang pernah mendengar ebay. Sebuah laman penjualan barang secara bid @ lelong. Harga diletak pada tahap murah dan pembeli akan membida hingga ketahap mereka mampu bayar untuk sesuatu produk yang mahu dimiliki.

Ebay ni macam sebuah kedai maya yang dibuka untuk menjual barang2 dan berjuta2 pengunjung siap sedia untuk membeli setiap hari. Jadi pasaran sebegitu luas itu dilihat sebagai peluang kepada penjual barang-barang untuk memasarkan produk di Ebay.

buat duit dengan ebay

Sekiranya anda mempunyai barang yang unik, jarang dijumpai atau antik. Kebarangkalian barang tersebut dapat dijual dengan harga yang berlipat kali ganda di Ebay. Tu pun tengok juga, samada barang tersebut banyak dicari orang ataupun tidak. Ini adalah asas mana-mana bisnes, tak kira bisnes online ke offline ke.. Kita perlu jual barang atau perkhidmatan yang orang cari.. bukan jual barang yang kita suka, dan ditambah pula dengan saingan yang rendah.. dalam istilah yang canggih ialah niche.

Berbalik kepada buat duit online dengan Ebay nih plak. Macamana caranya... Secara mudah gambarannya macam ni.. register akaun Ebay, kita amek gambar barang, letak kat ebay... ada orang beli.. kita bungkus, pos kat diorang.. memang banyak kerja sikit.. tapi kalau kena caranya boleh tahan lumayan hasilnya.

Kita lihat beberapa kejayaan penjual-penjual Ebay nih.. mana tau kita dapat ikut jejak langkah diorang.. sementara menaikkan semangat kita dalam bisnes online nih..

Antara pengusaha Ebay yang berjaya ialah David Wirtenberg, 28 tahun, seorang powerseller Ebay, menjana pendapatan 10 juta USD dollar setahun dengan Ebay nih, lebih kurang 36 juta hengget setahun. Dia menjual cincin tunang, barang-barang pengantin di ebay ni. Kebanyakan barangnya dijual bermula dengan harga USD 0.99 bagi menggalakkan orang membida barang dia tu.. Kerap juga dia mengalami kerugian kerana harga akhir bidaan lebih rendah daripada harga kos sebenar yang dikeluarkannya. Dan lagi hebatnya mamat nih.. dia menjual barang-barang tersebut tanpa sebarang kepakaran dalam barang-barang tu.



Agak2 kita boleh tak capai ketahap dia? Tapi tak kurang juga yang mengalami kerugian dalam bisnes Ebay nih.. Biasa lah nama pun bisnes.. mesti ada untung rugi... Macamana boleh rugi? Bila kita dah masukkan barang kat Ebay, tapi takde orang berminat nak beli.. Kita masih perlu membayar yuran kemasukan, tak la banyak sangat.. tak sampai singgit satu barang... Kalau barang berjaya dijual pun, kena caj jugak.. Lagi rugi apabila barang yang kita berjaya jual, pos tak sampai, atau mengalami kerosakan dalam perjalanan... Pembeli minta ganti rugi... kita terpaksa bayar, atau kembalikan wang semula jika tidak mahu imej kita di Ebay terjejas yang mana menyukarkan kita untuk menjual barangan lain selepas tu.. Ynag lagi parah bila terkena pembeli yang tidak jujur.. barang dah dapat, tapi dia cakap tak dapat.. kita menanggung kos yang tinggi.

Jadi ilmu adalah penting sebelum mencebur dalam bidang ni.. Buat duit online bukan lah semudah teori 4D - Duduk Diam Dapat Duit. Semua memerlukan matlamat azam yang jelas selain berusaha tanpa jemu menambah pendapat online kita.


copyright 2009 buat duit online dengan ebay

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Post Popular Buat Duit Online


buat duit online bookmarks Social Bookmarking


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 kaya2u.blogspot.com - buat duit online