Buat Duit Online - Benarkah Irfan Khairi Jutawan Internet?

Irfan Khairi adalah nama yang cukup popular bila disebut perniagaan internet atau buat duit online di Malaysia. Siapakah beliau? Adakah beliau benar-benar seorang usahawan internet? Atau hanya menggunakan populariti untuk menjual buku-buku perniagaan internet atau menjual seminar-seminar berkaitan perniagaan internet. Jual buku dan membuat seminar yang berkaitan dengan internet tidak patut dikategorikan sebagai perniagaan internet.

irfan khairi

Mungkin aku tidak begitu mengenali saudara Irfan Khairi walaupun beliau adalah jutawan internet yang tersohor di Malaysia. Sebelum aku menceburi bidang buat duit online ni pun aku lebih kenal dengan jutawan-jutawan internet dari luar negara, memang masa tu tak banyak lagi orang Malaysia jadi usahawan internet.

Pada masa itu ramai orang menyalahgunakan istilah buat duit online. Perniagaan internet di Malaysia telah dicampur adukkan dengan skim cepat kaya (sekarang pun ramai lagi yang buat macam tu).

Apa yang penting, Irfan Khairi boleh dijadikan contoh pemasar produk yang bagus. Bagaimana beliau membina kredibiliti, nama dan empayar beliau. Bila dah popular macam tu jual apa pun laku. Tapi siapa yang pernah tengok bukti yang beliau adalah seorang jutawan..? Angkat tangan.

Irfan Khairi daripada apa yang aku jumpa di Google, menjadi jutawan dalam masa 3 tahun selepas menceburi perniagaan internet. Beliau kini menyediakan platform dan perkhidmatan untuk orang buat duit online.



Bak kata macam suatu kisah di negeri antah berantah dimana orang berebut2 mencari mencari emas di sebuah lombong emas yang baru ditemui. Maka berpusu2 lah orang dari seantero dunia datang mencari emas. Tak semua yang berjaya dapat emas. Ada yang balik dengan tangan kosong, ada yang balik dengan tangan kudung, ada yang balik tidak bernyawa langsung. Masing2 ghairah berebut mencari emas yang tidak pasti hasilnya. Datang pulak seorang pemuda bernama Encik Leman, beliau tidak mahu ketinggalan merebut kekayaan akibat dari penemuan lombong berkenaan, dengan selambanya membuka kedai menjual alat-alat bajak, penyodok, cangkul, pongkes, kasut boot dan alat-alat lain yang digunakan oleh penggali emas. Beliau tanpa mengeluarkan peluh telah berjaya mengaut keuntungan tanpa risau tangan kudung dan mati tertimbus. Tak kira emas habis, ada emas atau tiada, hujan atau panas, beliau tetap menjana wang.

Buat yang nak mengenali Irfan Khairi dengan lebih lanjut boleh melawat blog beliau www.irfankhairi.com.

Bagaimana Buat Duit Online Dengan Blog

Bagaimana Buat Duit Dengan Blog - soalan yang kerap aku terima.. aku pun sebenarnya tak tahu bagi jawapan sebenarnya. Dan orang yang bertanya pun cakap aku kedekut ilmu... mau kaya sorang... ntah paper la dorang ni... Sebenarnya ada banyak cara buat duit online dengan blog ni. Mungkin klau korang tanya lain orang, lain jawapannya... Aku pun tak tau jawapan yang tepat, dan yang mana satu sesuai dengan diri dorang..

Bagaimana Buat Duit Dengan Blog

Ni antara 5 program buat duit online yang popular bila dikaitkan dengan blog.

1. Adsense
Letakkan iklan adsense di blog korang, apabila orang klik korang akan dapat duit. Syarat, blog mesti bahasa Inggeris, pengunjung ramai.

2. Affiliate
Letakkan link affiliate di blog korang, apabila orang klik/ beli barang setelah mengklik link affiliate korang, korang akan akan dapat duit. Antara yang popular cj.com.

3. Clickbank
Ni sama gak macam affiliate, letakkan link korang didalam blog. Apabila ada orang membeli barang dari link clickbank yang korang letak dalam blog, korang akan dapat komisyen.

4. Jual Barang di blog
Ni tak kisah blog korang bahasa Melayu ke omputeh, korang jual la barang apa yang korang nak di dalam blog korang.. dan blog korang juga mestilah dipromosi supaya ramai pengunjung, baru la orang ramai kemungkinan beli barang korang.

5. Jual ruang iklan di blog.
Apabila korang ada satu blog yang popular, mudahlah korang akan dapat iklan. Orang lain juga berminat hendak mengiklankan dalam blog korang. Korang boleh letakkan harga.. sebaris, RM10 sebulan atau gambar kotak kecil RM50 sebulan.


Dah tentu orang akan tanya lagi.. Macamana nak buat tu... Aku pun nak jawab susah juga.. Kena la study dulu, apa itu blog, apa itu adsense, apa tu clickbank.. bukan tekan punat jadi terus... Bole cuba tanya kat Google atau Yahoo.

Secara ringkas boleh tengok gambar dibawah;

Buat Duit Dengan Blog

Panduan buat duit online dengan blog yang bole korang rujuk ------>
panduan buat duit dengan blog

buat duit online dengan blog

Buat Duit dengan Emas

Buat duit dengan emas kali ni tajuk lari sket dari buat duit online tapi tetap cara buat duit yang best. Yang penting kita cari duit, tak kira la online ke offline.

Macamana nak buat duit dengan emas? Klau korang perasan, harga emas susah nak jatuh, menaik sajer.. Oit.. sebelum tu.. ni bukan emas yang pompuan selalu pakai tu.. Yang buat perhiasan tu kandungan emas dia 91.6%, sebab tu dipanggil emas 916. Emas yang nak jadi cerita ni lebih kepada emas pelaburan, emas jongkong, syiling emas, 99.9% kandungan emas dia atau emas 999. Tengok graph harga emas 10 tahun kat bawah ni..

buat duit dengan emas

Satu ounce lebih kurang 28.35 gram.. Sekarang ni klau dikira2 1 gram lebih kurang RM110. Klau 28.35 gram tu lebih kurang RM3118.50. Kita tengok graph tu.. 10 tahun lepas harga 1 ounce baru 300 usd, lebih kurang seribu ringgit.. kenaikan 300%.. Nak kira lagi.. kalau kita beli 1 kilo emas pada tahun 1999 dengan harga 1 gram masa tu baru.. RM35.. 1 kilo bersamaan RM35,000.. kita simpan selama 10 tahun.. cuba kira sekarang tahun 2009 berapa nilai emas kita? RM110,000..

Cuba kira ni plak... Klau 10 tahun lalu korang beli sebuah kancil 850cc berharga RM35,000, berapa agaknya nilai sekarang nih... RM5000, RM8000? Boleh rujuk ke kedai kereta berhampiran... kereta ada susut nilai, tapi emas ni makin naik...

pelaburan emas

Kat mana nak beli emas ni? Yang aku tahu, bank yang ada jual emas setakat ni Maybank dan UOB.. Bole la jengok website dorg.. kat kedai2 emas pun ada jual, tapi mahal la skit..

Selain dari beli emas ketul2 ni, korang juga bole bukak akaun pelaburan emas, setakat ni yang ada buat benda ni Public Bank dan Maybank.. boleh la rujuk sana...

Lagi satu yang best emas ni, korang boleh pajakkan... yang paling sesuai di Bank Rakyat, Al Rahnu... Jika korang ada setengah kilo emas, harga sekarang lebih kurang 50 ribu, bila pajak, korang akan dapat cash lebih kurang 30 ribu.. adalah kena bayar upah dia masa nak tebus.. Duit tu korang boleh melabur kat mana2 lagi...

Buat yang masih blur macamana nak buat duit dengan emas ni.. bole beli ebook ni ---> bagaimana membuat pelaburan emas
Sikit pesanan... jangan pandai2 nak masuk skim2 pelaburan emas tak tentu arah... korang beli sendiri emas, jangan suruh orang lain belikan plak....

Selamat menjadi hartawan emas... da kaya jangan lupa bayar zakat emas.. :-)

Selamat berpuasa...

copyright buat duit online

Buat Duit Online - bagaimana mendapat USD1000 sehari dengan adsense

Buat Duit Online - bagaimana mendapat USD1000 sehari dengan adsense. Kat bawah ni screen shot terbaru adsense aku...



Mesti korang teruja tengok kan? Macamana aku dapat banyak tu? Teknik apa aku guna? Apa rahsia? Mesti ramai sifu marah aku dedahkan rahsia ni... Haha..

Daripada survey yang aku buat sebelum ni, 95% pembaca blog ni tak pernah mendapat apa2 dengan duit online. Mesti korang ghairah mencari info2 buat duit online. Mesti selalu jumpa ebook2 bagaimana buat duit online yang meletakkan bukti pendapatan adsense macam kat atas tu.

Mesti ramai jugak yang dah terbeli ebook2 buat duit online daripada sifu2 internet yang indah kabar dari rupa..

Ada ebook harga sampai beratus2, seminar sampai beribu2.. Bila da bagi bukti income banyak macam tu... Apa lagi, abis la duit bank korang kuarkan, anak nak minum susu pun ko cakap tunggu dulu dapat untung nanti beli... bagi minum air mineral dulu..

Sebelum korang terus membazirkan duit dengan lebih banyak lagi, ada baik korang gi tengok sini.. googleadsensegenerator.com bagaimana screen shot adsense ni boleh direka dengan percuma dalam masa tak sampai seminit..

Jana la seberapa banyak duit adsense korang nak... Jangan plak tipu orang.. Tak berkat... Jadi sebelum beli apa2 ebook atau pergi ke mana2 seminar, pastikan orang yang jual itu benar2 seorang sifu dan bukanlah hanya seekor siput..

sifu buat duit online

Panduan Lengkap Buat Duit Dengan Adsense

Buat Duit Online - bagaimana mendapat USD1000 sehari dengan adsense

Betul ke boleh Buat Duit Online dengan Nuffnang?

Buat duit online dengan Nuffnang. Nuffnang ni company Malaysia yang menyediakan ruang untuk pengiklan mengiklankan produk dorang dalam blog korang.. Untung dikira melalui berapa klik yang korang dapat dari pengunjung yang berkunjung blog korang..

Betol ke boleh buat duit dengan Nuffnang ni? Klau korang selak2 blog2 buat duit online yang lain, korang akan jumpa la dorang letak bukti cek dorang dapat dari Nuffnang. Tapi aku rasa aku kurang berjaya dengan nuffnang ni...

Nak tau berapa aku dapat?

RM2.25 sejak bulan November 2008! Hampir setahun... Fuh.. sungguh memalukan... kalau aku jual karipap kat pasar malam pun boleh dapat 2ribu sebulan... :-)

buat duit dengan nuffnang

Mungkin aku akan mengkaji semula samada patut letak iklan nuffnang ni dalam blog aku atau tidak.. Saje nak buat cantik blog je buat apa..

Walaubagaimanapun, satu klik kepada iklan nuffnang ni akan beri korang 25sen, agak tinggi juga... tapi mungkin iklan tak berapa menarik... kurang ada kaitan dengan blog memainkan peranan kurangnya iklan diklik.. Kekadang iklan tak keluar langsung... Pengiklan da kurang kot..

Bagi yang belom cuba, boleh lah cuba... korang tengok tahun depan berapa boleh dapat... mungkin dapat lebih daripada aku.. selamat mencuba...
register di sini ----> nuffnang.com

copyright Betul ke boleh Buat Duit Online dengan Nuffnang?

Buat Duit Online dengan Squidoo

Buat Duit Online dengan Squidoo nampaknya rezki mencurah2 bulan ni.. Mungkin ujian tuhan, nak tahu kita leka ke tak dengan harta dunia ni. Squidoo plak bayar duit $119.53 U.S. dolar lebih kurang RM418.77. Bayaran adalah untuk bulam Mac 2009.

buat duit online

Squidoo ni tak lah susah sangat nak buat, tak leceh macam ebay, nak melayan customer, antar barang, tak cerewet macam adsense. Asyik kena ban jer.. (aku belom kena stakat nih..) hampir2 nak kena adalah... :-) tu pun bukan sebab aku.. orang iri hati sabotaj.. biar lah dia..

Apa rahsia membuat squidoo lens yang menguntungkan dan boleh membuat duit? Topic adalah penting. Cari topic yang orang minat. Jangan cari topic yang orang tak minat nak baca.

Bagaimana mencari topic squidoo yang sesuai? Keyword research adalah penting dalam membuat lense squidoo atau pun blog. Sama la macam berniaga pasar malam pun.. kena la cari benda yang sesuai, apa yang nak dijual, boleh laku ker. Kalau kita berniaga katak goreng kat Malaysia ni, susah sikit kot nak laku.

Apa kelebihan squidoo nih? Banyak yang korang boleh buat dengan squidoo ni. antaranya mempromote product2 affiliate seperti clickbank, paydotcom dan lain2.

Macam susah jer nak buat lens? Susah ker.. Senang jer.. picit2, tekan2 jadi dah. tapi jangan la buat cincai2 jer.. Nanti kalau aku ada masa aku bole buat panduan buat duit online dengan squidoo plak.

buat duit online dengan squidoo

Buat Duit Online dengan Paydotcom

Buat Duit Online dengan Paydotcom - ini adalah satu program buat duit online melalui affiliate, jarang aku dengar pengusaha internet Malaysia bincang benda ni.. Ni kira adik beradik clickbank, samada korang jual barang sendiri atau pun jual barang orang dan dapat komisyen. Aku pilih yang kedua, sebab aku takde barang sesuai untuk dijual di situ.

Program buat duit online affiliate lebih mudah dijalankan, tiada risiko, tiada modal, tiada masa yang panjang diperlukan.. berbanding dengan ebay...

Korang hanya perlu letakkan code barang yang korang nak promotekan kat blog atau squidoo korang. Jika ada pengunjung blog kita klik dan beli barang tersebut, korang dapat komisyen. Tak payah nak pening2 antar barang, melayan kerenah customer. Lepas dorang beli, da jadi tanggung jawab penjual untuk uruskan barang dia ke customer tersebut, dan korang hanya perlu menunggu komisyen masuk ke dalam akaun paypal korang.

Untuk paydotcom ni banyak barang yang korang boleh pilih untuk dipromote.. Kebanyakkan produk ni dalam bentuk ebook dan software.

buat duit online dengan paydotcom

Screen shot kat atas ni salah satu contoh affiliate yang aku dah cuba.. Dalam bentuk ebook... Aku hanya letakkan link affiliate tersebut di blog aku yang ada kena mngena dengan ebook tu, dan hasil jualannya agak best.. harga ebook tu USD$17, dia bg aku komisyen USD$5 setiap jualan...

Sebelum memilih barang apa yang nak dipromote, jangan lupa research.. barang yang orang banyak cari. Jangan jual barang yang tak laku.. dan pastikan blog anda ada kaitan dengan affiliate yang nak di promote.. kalau takder, buat blog baru.. klau nak aggresive lg boleh promote kat tempat2 iklan berbayar mcm adsense, yahoo dll..

Selamat mencuba...

Buat Duit Online dengan Paydotcom

Buat Duit Online dengan Ebay - Powerseller

Buat Duit Online dengan Ebay - Powerseller, setelah hampir 4 bulan aku menceburi bidang buat duit online dengan ebay ni, aku telah mendapat gelaran powerseller, satu gelaran yang dikejar oleh penjual2 ebay. Powerseller melambangkan kebolehpercayaan pembeli terhadap penjual2 di ebay.

Screen shot dibawah adalah hasil jualan aku selama 2 bulan terkini ni. Nampaknya segalanya bukan mustahil jika kita berusaha. Usaha yang aku buat pun belom 100% lagi. Banyak lagi yang perlu belajar.



Kepada yang berminat nak belajar bagaimana buat duit online dengan ebay ni, aku syorkan korang kuarkan sikit modal beli ebook ni...




copyright 2009 - buat duit online

Buat Duit Online Dengan Ebay

Buat duit online dengan ebay. Pernah dengar ebay? Macam web lelong tu, klau kat Malaysia ni yang popular website lelong tu. Ebay ni amat popular di luar negara terutama US, bersaing dengan Amazon. Disini lah korang boleh membeli barang-barang dengan harga murah, harga permulaan kadang2 hanya 1 sen. Tapi kena lawan bid. Harga tertinggi akan menang.

Bermula tahun ini, aku memulakan cabang baru dalam bidang buat duit online, pengikut blog ni mesti tahu, aku selama ini menjana pendapatan online dengan blog, google adsense, squidoo dan beberapa program affiliate.

Ebay ni agak baru pada aku, walaupun aku agak lama dalam bidang buat duit online. Ebay ni adalah benda asing buat aku. Bila melihat pendapatan orang lain dengan ebay nih, semangat berkobar2 aku mencari maklumat buat duit online dengan ebay nih. Aku mencari sendiri di google, dan terjumpa lah beberapa ebook free mat saleh punya, dan juga blog2 berkaitan ebay.

Akhirnya, aku memulakan bisnes di Ebay, tak seperti program buat duit online yang aku buat sebelum nih. Ebay agak mencabar, korang berusan terus dengan pelanggan. Macam2 kerenah yang kena layan hari2. Agak mengganggu ketenteraman aku.

Tapi disebabkan aku ingin mencuba, itu semua bukan alasan pada aku dan berikut adalah hasil jualan selama sebulan pertama aku menceburi bidang ebay nih.

buat duit ebay

Apa yang aku dapat di atas tu pendapatan kasar, tak tolak lagi bayaran ebay dan paypal. Agak lumayan jugak, berbaloi la melayan perangai customer yang kadang2 mengada2 lebih.

Tapi ingat, customer is always right. Ada dua je peraturan yang patut anda tahu jika mahu berniaga, tak kira nak niaga di ebay atau niaga di pasar malam ker. Anda ikut la peraturan tu, memang perniagaan anda akan maju.

Rules;
1. Customers is always right
2. If the customers not right, refer to the first rule


Peraturan;
1. Pelanggan adalah selalu betol
2. Jika pelanggan tak betol, rujuk kepada peraturan no 1.


klau anda ada duit lebih, boleh lah membeli ebook oleh 

Selamat mencuba, bagi yang belom mencuba membuat duit online, ingatlah..

orang lain sibuk mencari duit, jangan kita sibuk mencari alasan.

copyright 2009 buat duit online dengan ebay

Buat Duit Online dengan Article

Buat duit online dengan article. Apa itu article? Dalam bahasa Melayunya karangan. Korang minat tulis karangan? Atau minat tulis surat cinta berjela2?. Aku syorkan korang kembangkan skit bakat korang dalam bisnes penulisan article nih.

Daripada poll yang aku letak kat blog ni. 82% masih belom mendapat apa2 income buat duit online nih. 11% dapat lebih dari RM5000 sebulan! Uiks.. Betol ker tu.. Mcam kencing jer. :-) Tapi tak mustahil. Bagi yang belom mendapat apa2 income, jangan kecewa, banyak program korang boleh try.

Kat sini aku nak kongsikan satu lagi peluang buat duit online yang agak mudah. Semua boleh cuba. Tanpa Modal. Korang cuma buat karangan, karangan bahasa Inggeris la.

buat duit article

Website yang aku senaraikan kat bawah ni menawarkan bayaran kepada penyumbang2 article, penyumbang review product dll. korang boleh explore sendiri website tu. Ada yang memberikan bayaran sehingga USD5 kepada setiap article. lebih kurang RM18 satu article. Klau korang pantas, boleh buat 10 article sehari, tak ke dapat RM180 sehari.. Nampak macam mudah tapi tidak semudah nampak. Korang perlu pastikan article korang 100% tulen. Klau ciplak article orang lain, article korang akan direject tanpa belas kasihan.

Tak pandai Bahasa Inggeris? Tu lah, masa sekolah dulu main2 je dalam kelas.. :-) kan da tak brape pandai. Tapi takper, korang masih boleh buat duit. Aku bagi tips sikit. Korang cari kat internet, article2 yang best2, ke tak berapa best ker. Panjang dalam satu muka. Korang baca, dan tulis balik dengan ayat korang sendiri. Pastikan grandma, granpa tu betol. Tak pun lagi satu tips yang agak nakal, korang cari buku2 bahasa inggeris yang lama2, korang salin, hantar la kat website2 tu. Tapi ada tapi jugak, banyak buku yang da ada online sekarang ni, bila ada yang sama, article korang akan direject. Jadi kena mencari buku2 yang tak pernah diterbitkan secara online.

Boleh lawat kat bawah ni. Ada yang aku lama dah tak jengok. Harap2 semua masih valid lagi. Korang boleh tengok2 lah mana yang best, boleh register dan join.


Constant Content

Helium

Lifetips

How To Do Things

Shvoong

Author Connection

ArticleWareHouse

Ciao

Triond


Selamat mencuba.


copyright buat duit online

Buat Duit Online - Income Squidoo Januari 2009

Buat Duit Online dengan Squidoo. Macamana dengan progam bisnes online korang. menaik ker merosot, atau tak start apa2 lagi.. Antara program yang aku join adalah Squidoo. Da lama aku tak update income aku dengan squidoo ni. Da lama jugak aku tak kemaskini lens aku di Squidoo, aku saje biarkan dia bekerja sendiri. Tapi boleh tahan jugak income bulan ni USD101.40, lebih kurang RM375. Lebih kurang macam pasif income la tu.

income squidoo

Cukup ker RM375 sebulan? Seperti yang aku dah ulang sebelum ni, buat duit online ni bukan lah skim cepat kaya. Goyang kaki, duit keluar dari lantai. Banyak usaha perlu buat, update, research. Masa yang banyak diperlukan untuk menjayakan program buat duit online yang kita ceburi. Aku rasa RM375 sebulan adalah lumayan jika nak dibandingkan dengan kerja part time yang lain. Modal takder, duduk rumah jer, mengadap laptop. Klau korang kerje part time kat seben eleben ke, pam minyak Seel ker, lebih kurang gak dapat banyak tu. Restoren ayam goreng Ke Ef Si pun bayar RM4 sejam. Part time 4jam, dapat RM16 sehari. Pastu nak hadapi kerenah pelangan lagi. Kerenah bos yang gila kuasa & cerewet lagi. Bila buat duit online ni, korang hanya berperang dengan komputer korang. Mind your own business.

Tapi jangan plak korang terus berenti kerja dengar macam tu. Pelan2 kayuh. Dari part time buat duit online, kita kembangkan menjadi full time, tapi tunggu lah income online dah stabil, 5 angka sebulan ker, saving pun dah cukup. kalau apa2 terjadi korang bole idup lagi tanpa income selama beberapa tahun. Baru lah boleh berenti kerja dengan aman. Biasalah bisnes ni banyak dugaan yang kadang2 tak terlangkau pikiran kita.

Apa itu squidoo dan macam mana nak buat? Aku ada terangkan dalam post2 sebelum ni.. korang selak lah. Selamat membuat duit online.

buat duit online dengan squidoo

Buat Duit Online Dengan Ebay

Buat Duit Online Dengan Ebay. Kali ni aku nak bercerita secara ringkas mengenai program Buat Duit Online dengan Ebay. Mungkin ramai yang pernah mendengar ebay. Sebuah laman penjualan barang secara bid @ lelong. Harga diletak pada tahap murah dan pembeli akan membida hingga ketahap mereka mampu bayar untuk sesuatu produk yang mahu dimiliki.

Ebay ni macam sebuah kedai maya yang dibuka untuk menjual barang2 dan berjuta2 pengunjung siap sedia untuk membeli setiap hari. Jadi pasaran sebegitu luas itu dilihat sebagai peluang kepada penjual barang-barang untuk memasarkan produk di Ebay.

buat duit dengan ebay

Sekiranya anda mempunyai barang yang unik, jarang dijumpai atau antik. Kebarangkalian barang tersebut dapat dijual dengan harga yang berlipat kali ganda di Ebay. Tu pun tengok juga, samada barang tersebut banyak dicari orang ataupun tidak. Ini adalah asas mana-mana bisnes, tak kira bisnes online ke offline ke.. Kita perlu jual barang atau perkhidmatan yang orang cari.. bukan jual barang yang kita suka, dan ditambah pula dengan saingan yang rendah.. dalam istilah yang canggih ialah niche.

Berbalik kepada buat duit online dengan Ebay nih plak. Macamana caranya... Secara mudah gambarannya macam ni.. register akaun Ebay, kita amek gambar barang, letak kat ebay... ada orang beli.. kita bungkus, pos kat diorang.. memang banyak kerja sikit.. tapi kalau kena caranya boleh tahan lumayan hasilnya.

Kita lihat beberapa kejayaan penjual-penjual Ebay nih.. mana tau kita dapat ikut jejak langkah diorang.. sementara menaikkan semangat kita dalam bisnes online nih..

Antara pengusaha Ebay yang berjaya ialah David Wirtenberg, 28 tahun, seorang powerseller Ebay, menjana pendapatan 10 juta USD dollar setahun dengan Ebay nih, lebih kurang 36 juta hengget setahun. Dia menjual cincin tunang, barang-barang pengantin di ebay ni. Kebanyakan barangnya dijual bermula dengan harga USD 0.99 bagi menggalakkan orang membida barang dia tu.. Kerap juga dia mengalami kerugian kerana harga akhir bidaan lebih rendah daripada harga kos sebenar yang dikeluarkannya. Dan lagi hebatnya mamat nih.. dia menjual barang-barang tersebut tanpa sebarang kepakaran dalam barang-barang tu.



Agak2 kita boleh tak capai ketahap dia? Tapi tak kurang juga yang mengalami kerugian dalam bisnes Ebay nih.. Biasa lah nama pun bisnes.. mesti ada untung rugi... Macamana boleh rugi? Bila kita dah masukkan barang kat Ebay, tapi takde orang berminat nak beli.. Kita masih perlu membayar yuran kemasukan, tak la banyak sangat.. tak sampai singgit satu barang... Kalau barang berjaya dijual pun, kena caj jugak.. Lagi rugi apabila barang yang kita berjaya jual, pos tak sampai, atau mengalami kerosakan dalam perjalanan... Pembeli minta ganti rugi... kita terpaksa bayar, atau kembalikan wang semula jika tidak mahu imej kita di Ebay terjejas yang mana menyukarkan kita untuk menjual barangan lain selepas tu.. Ynag lagi parah bila terkena pembeli yang tidak jujur.. barang dah dapat, tapi dia cakap tak dapat.. kita menanggung kos yang tinggi.

Jadi ilmu adalah penting sebelum mencebur dalam bidang ni.. Buat duit online bukan lah semudah teori 4D - Duduk Diam Dapat Duit. Semua memerlukan matlamat azam yang jelas selain berusaha tanpa jemu menambah pendapat online kita.


copyright 2009 buat duit online dengan ebay

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Popular Posts


buat duit online bookmarks Social Bookmarking
Add to: Mr. Wong Add to: Webnews Add to: Icio Add to: Oneview Add to: Linkarena Add to: Newskick Add to: Seekxl Add to: Favit Add to: Social Bookmarking Tool Add to: BoniTrust Add to: Power Oldie Add to: Newsider Add to: Linksilo Add to: Readster Add to: Folkd Add to: Yigg Add to: Digg Add to: Del.icio.us Add to: Reddit Add to: Simpy Add to: StumbleUpon Add to: Slashdot Add to: Netscape Add to: Furl Add to: Yahoo Add to: Spurl Add to: Google Add to: Blinklist Add to: Blogmarks Add to: Diigo Add to: Technorati Add to: Newsvine Add to: Blinkbits Add to: Ma.Gnolia Add to: Smarking Add to: Netvouz Information


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2011 kaya2u.blogspot.com - buat duit online