Buat Duit Online - Bagaimana Mengeluarkan Duit Dari Paypal

Buat Duit Online - Bagaimana Mengeluarkan Duit Dari Paypal

Satu pertanyaan yang kerap ditanya oleh orang-orang baru dalam bisnes online ini ialah bagaimana program2 buat duit online membayar duit kepada kita? Aku cuba huraikan dalam post kali ini.

Terdapat banyak cara program membuat duit online ini membayar kita. Antara yang paling popular ialah;

1. Paypal
2. E-gold
3. Alertpay
4. Check
5. Western Union

Program-program buat duit online antarabangsa kerap membayar peserta melalui paypal, jd aku tumpukan kepada paypal. Bagi yang tiada paypal, bole register percuma disini.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Penggunaan e-gold kerap digunakan dalam beberapa program autosurf dan hyip.

Paypal ni kerap digunakan dalam urusniaga pembayaran atau penerimaan duit. Kebanyakan program2 besar di internet seperti e-bay, amazon dll menerima urusniaga dengan paypal. Untuk menerima duit, hanya berikan alamat email yang korang daftarkan dengan paypal kepada program2 tersebut. Untuk membayar, korang perlu pastikan paypal korang diisi dengan duit terlebih dahulu. Ia dah jadi medium bagi menggantikan wang tunai, cek yang berkesan.

Pembayaran akan dibuat serta merta. Bila duit tersebut telah masuk ke paypal korang, terpulanglah samada untuk membeli belah secara online dengan duit paypal tu atau keluarkan.

Bagaimana mahu mengeluarkan duit dari paypal?

Korang perlu memohon debit card, antara debit card yang diterima dan telah terbukti dapat mengeluarkan duit dari paypal;

buat duit

1. Debit Card Public Bank Visa Electron

2. Debit Card Visa Al-Rajhi

2. Debit Card Visa Tune Money Air Asia

Bagaimana caranya? Pegi ke bank terbabit.. Pilihlah mana yang korang suka.. jangan lupa, setiap kad ada caj tahunan dan caj service yang berbeza. Isi borang, mohon secara percuma. Ada yang dapat terus, ada yang kena tunggu beberapa minggu, ada yang perlu bank-in dahulu.. bergantung kepada pilihan anda.

Setelah dapat kad tersebut, korang sudah boleh mengeluarkan wang dari paypal. Pergi ke akaun paypal anda, registerkan card.. caj akan dikenakan oleh paypal, untuk memastikan kad anda valid. Kemudian paypal akan memulangkan semula duit tersebut.

Bagi mengaktifkan kad tersebut, hanya masukkan 4 angka didalam bil debit card anda. (ada instruction di paypal). Bila da kuar verified tu maksudnya dah ok la tu.

Akhir sekali, bila semua dah settle. korang boleh withdraw pada bila2 masa. Pastikan ada duit la nak kuarkan tu..

Contoh, aku baru kuarkan USD$100 dari paypal aku ke kad debit. Dalam masa 5 hari, aku dah boleh keluarkan duit tersebut dari mesin ATM.

keluarkan duit paypal

Harap boleh paham penerangan ringkas aku ni. Terima kasih kerana membaca. Ada masa aku akan kongsi lagi. Selamat membuat duit online

copyright 2008 buat duit online

Lagi Artikel berkaitan Buat Duit Online

Post Popular Buat Duit Online


buat duit online bookmarks Social Bookmarking


kaya2u - buat duit online copyright 2005-2018 kaya2u.blogspot.com - buat duit online